Gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum dan Salam Hujung Minggu. Agak lama kita tak berjumpa ya. Hahaha. Sebenarnya, gua tak ada idea sangat nak berceloteh kat sini...hmmm...tak tahu kenapa, sekarang cukup susah untuk idea singgah ke mari dalam kepala otak gua ni...haish. Kalau dulu-dulu, masa mula main blog ni...macam-macam hal gua boleh karang. Sampai nyaris-nyaris gua nak kena sembelit pun gua nak buat entri jugak. Tapi itu dulu la kan, korang tengok lah entri gua semenjak duamenjak, tiga menjak..eh berapa banyak menjak daa..xde la happening sangatkan.
Oleh kerana tak ada idea, makanya gua nak buat entri karutan je la kan..boleh je kan...daripada tak ada pengupdatedan langsung..umaing aih..rosak Melayu jadinya..muahahaha. Tapi realitinya, nak mengarut ni pun kena memikior jugak kan..adeh...tu la orang kata, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..erk!?..ada kena mengena ke pepatah tu haaa...ah lantak lah, ini blog gua..ada gua kesah..Mak Esah yang jual nasi lemak tepi jalan tu pun tak kesah...so what?!..ok sah-sah gua mengarut.
Sebenarnya gua feeling emosi sedih bagai ni (tetiba tukar mode sedih), ni gua nak cerita la kan...laptop gua tu, haish...kenapa la masa gua kesempitan wang ni, mamat tu nak meragam buat hal..eh tak ada hari lain ke...tunggu la bulan depan ke, tahun depan ke...haih, menyusahkan gua je. Ada ke patut, dia boleh rosak...skrin pulak tuh...eh, gua tak paham betoi la..selama ni gua belai, gua jaga...boleh plak dia nak songlap pitih gua semata-mata nak bagi dia elok balik...haih, dunia-dunia..kenapa lu begitu kejam..nak sangat dia jadi camtu, gua sumbat dia dalam almari diam-diam..baru ada akai...tunggu la bulan depan, nanti gua berkira-kira nak baiki ke tak...mau 4 ratus lebih jugak tu...mak aih!! T_T
Itulah dugaan namanya, hidup ni kalau semua nak meriah, semua nak senang...tak ada nikmatnya hidup itu. Orang kata, hidup penuh dengan warna-warni. Baru lah syioookkk kan. Ini, semua nak, semua mintak, semua dapat...memang la, semua orang kepingin begitu malah gua sendiri pun. Tapi kita harus ingat, sesuatu yang kita miliki itu bukannya hak milik kita. Kalau Allah nak tarik balik, kita tak boleh berbuat apa-apa.
Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita sudah miliki sekarang supaya nikmat-nikmat tersebut tidak ditarik oleh Maha Pencipta kita. Dan jika Allah tarik jua, redha dan muhasabah lah diri kita...fikirlah mengapa Dia menarik nikmat itu.
Sekian, terima kasih kerna sudi terima karutan gua. Hah ha. Adios.