Powered by Blogger.
Nukilan dari
Unknown
Friday, February 22, 2013
Friday, February 22, 2013
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Hari ini, Jumaat Penghulu Segala Hari, hari yang mulia dan dua Jumaat yang lalu, 8 Feb 2013 kembalinya salah seorang sahabat akrab aku ke Rahmatullah menemui Sang Pencipta Yang Maha Esa, Allah SWT. Oleh itu, aku mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Shahrul Akhmar atau lebih dikenali dengan nama Chaon.
Sedang aku dan rakan2 sedang menuju ke pusat membeli belah untuk membeli hadiah kenduri kahwin rakan UiTM pada keesokan hari, kami dikejutkan dengan satu sms dari isteri arwah (yang mana baru sahaja mereka berdua diijab kabulkan pada bulan Disember lalu), “Chaon dah xde. kat hosp klang. nant jenazah bwk p langat nant”. Aku tersentap dan terkejut dengan sms tersebut, lalu aku dan rakan2 yang lain terus tukar plan sebab asalnya lepas pergi beli hadiah tu, terus nak melepak makan2 dekat Damansara.
Bismillahirrohmanirrohim.
Innalillahiwainnailaihirroji'un
Dalam Kenangan...Anak saudara yg dikasihi
Shahrul Akhmar Sharifuddin (ChaOn Zonda), Lahir pd Jumaat 2/1/87. Bernikah dengan Nur Hidayah ( Kech Hidayah) pd Jumaat14/12/12.
Kembali ke rahmatullah pd Jumaat 8/2/2013 di usia 26 thn dlm kebakaran kilang tmpt beliau bertugas di Klang Selangor.
Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Hulu Langat pd pg 9hb Feb 2013.
Terima kasih kepada semua yg menziarahi dan mendoakan arwah.
Semoga rohnya di tempatkan di kalangan hamba2 Allah yg beriman.
Al Fatihah...
Sumber photo dari Facebook beliau yang di post oleh mak cik nya
Pada mulanya aku ingatkan arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya, tapi sangkaan aku salah apabila dapat berita dari rakan2 UiTM, beliau meninggal dalam kejadian kebakaran di tempat kerja. Kira-kira jam 10 malam, aku dan rakan2 yang lain tiba di hospital dan terus menuju ke bahagian kecemasan. kelihatan keluarga arwah dalam keadaan kesedihan dan sugul sedang membaca Yasin untuk arwah.
Kami menunggu jenazah arwah selesai post mortem oleh pihak hospital, prosedur biasa bagi mangsa kemalangan. Sebelum tu aku sibuk menyampaikan berita sedih ini kepada rakan2 yang rapat dengan arwah terutamanya housemate kami yang pernah sama2 berjuang di UiTM. Pada malam tersebut, pihak hospital kekurangan staf untuk menguruskan jenazah, lalu meminta 3 orang dari kami yang hadir dapat membantu untuk memandikan jenazah.
Dalam kenangan geng2 blogger.
Aku, Yus, Chaon (arwah), Jijan,
Nisa, Adik Kech, Kech (isteri arwah), Ery, Vio
Aku dan rakan2 berbincang siapa yang boleh bantu, pada mulanya aku teragak-agak untuk turut serta sebab aku memang tak ada experience dalam menguruskan jenazah. Namun, aku fikir ini lah masanya untuk aku berbakti pada arwah, sahabat aku yang dikenali sejak mula2 masuk UiTM (2006). Sama-sama susah senang hidup sebagai student. Arwah banyak membantu aku dari segi pelajaran terutamanya subjek2 yang melibatkan calculation.
Lalu, aku, seorang lagi rakan UiTM dan rakan sekerja arwah volunteer utk membantu menguruskan jenazah. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 12 pagi jenazah selesai disempurnakan dan sedia dihantar ke tempat tinggal arwah di Hulu Langat untuk dikebumikan.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga roh sahabatku ini ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Damailah kau disana sahabat, InsyaAllah kami sentiasa mendoakan kamu dan kepada pihak keluarga terutamanya isteri arwah, banyak2 kan bersabar dan kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup. Al- Fatihah.
"Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi si matimu.”
Nukilan dari
Unknown
Saturday, May 21, 2011
Saturday, May 21, 2011
Nukilan dari
Unknown
Tuesday, March 29, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Labels:
Ape -ape aje
Designed by WPCRUNCHY
Converted into Blogger Templates by Theme Craft