Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah, hari ini aku masih dapat menghirup udara walaupun isi kandungannya tidaklah berapa sihat di zaman moden ini. Aku masih hidup, hidup untuk meneruskan perjalanan yang penuh liku, dirundum pelbagai masalah yang tak boleh salahkan sesiapa hanya salahkan diri sendiri. Kerana apa?! kerana Allah telah berpesan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib hambaNya, melainkan hambaNya itu yang mengubahnya sendiri. Dalam erti kata yang lain, berusaha. Aku sudah berusaha tetapi tidak secara sebaik mungkin atau dengan bersungguh-sungguh menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi kini terus membelenggu kehidapan aku. Cukuplah mukadimmahnya di sini, kenapa kenapa kenapa aku tertekan? Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan hidup tertekan tetapi hanya satu dua sahaja yang aku mahu kongsikan.
Read more »