Gambar dipetik dari Berita Harian
Assamualaikum rakan2 sekalian. Isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Kristian, The Herald telah menjadikan satu isu yg cukup panas ketika ini. Aku ingin menyentuh sedikit mengenai isu ini disebabkan kejadian2 yg sepatutnya la xperlu berlaku. Kejadian membakar 3 buah gereja di sekitar Lembah Klang dan KL itu adalah tidak wajar. Dan syukur alhamdulillah, pihak berkuasa telah bertindak segera dalam menangani kes ini. Aku sebagai seorang Muslim mengutuk aktiviti bakar membakar ni. Ini bukan amalan kita sebagai orang Islam. Konsep Islam tidak menghalalkan cara. Ya, memang kita menentang habis2an isu penggunaan kalimah Allah dlm akhbar tersebut, tetapi biarlah pihak yg berwajib menyelesaikan masalah ini. Kerana isu ini isu yg amat sensitif dan silap haribulan boleh membawa malapetaka kepada umat Islam khususnya dan manusia amnya.
Read more »








