Gambar dipetik dari Berita Harian
Assamualaikum rakan2 sekalian. Isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Kristian, The Herald telah menjadikan satu isu yg cukup panas ketika ini. Aku ingin menyentuh sedikit mengenai isu ini disebabkan kejadian2 yg sepatutnya la xperlu berlaku. Kejadian membakar 3 buah gereja di sekitar Lembah Klang dan KL itu adalah tidak wajar. Dan syukur alhamdulillah, pihak berkuasa telah bertindak segera dalam menangani kes ini. Aku sebagai seorang Muslim mengutuk aktiviti bakar membakar ni. Ini bukan amalan kita sebagai orang Islam. Konsep Islam tidak menghalalkan cara. Ya, memang kita menentang habis2an isu penggunaan kalimah Allah dlm akhbar tersebut, tetapi biarlah pihak yg berwajib menyelesaikan masalah ini. Kerana isu ini isu yg amat sensitif dan silap haribulan boleh membawa malapetaka kepada umat Islam khususnya dan manusia amnya.
Semalam, aku sengaja datang awal ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat sebab minggu lepas aku pergi lewat dpt tempat yg xbest untuk solat. Dan sebelum bermulanya azan Zohor, ada seorang penceramah memberi ceramah dan menyentuh isu ini. Dalam ceramah beliau, beliau menyeru umat Islam supaya kita jangan menghina agama lain. Ini kerana jika kita menghina agama lain, agama lain tersebut akan membuat perkara yg sama sekali gus maruah Islam turut tercalar. Cukuplah dengan propaganda2 dan penyelewangan2 pihak barat dan sekutu2 nya yg berniat jahat untuk menentang Islam yg telah berlaku di negara2 Islam yg lain, ini kan pula kita di Malaysia yg berbilang agama dan kaum. Kita xnak ia berlaku di tanah air kita.
Saya membantah penghinaan terhadap Islam tetapi saya juga tidak bersetuju jika agama lain dihina. Sebagaimana firman Allah:
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (al-An'am [6:10]).
Penceramah tersebut juga berkata, Kristian terbahagi kepada dua, Katolik dan Prostestan. Dalam Katolik, kalimah Allah memang ada disebut di kalangan penganutnya dan ia sememangnya merujuk Allah Yang Maha Esa (kalau salah tolong betulkan), tetapi Prostestan ni dia aliran yg agresif. Kita takut penggunaan Allah itu dirujuknya Tuhan Trinity mereka. Perkara ini yg membimbangkan umat Islam di Malaysia sekarang ini. Tetapi kita tidak perlu menghukum mereka dengan membakar tempat penyembahan mereka. Sifat agresif yg tidak bertempat ini harus dijauhi. Aku faham isu ini tetapi jgnlah kita terlalu beremosi. Kita bertindak secara rasional dan tidak membabi buta. Aku harap kejadian bakar gereja tidak berulang lagi.
Bersama-samalah kita menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam dan bantahlah mereka dengan cara yang baik mudah-mudahan Allah akan membukakan pintu hati mereka untuk menerima Islam.
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-nahl:125)
p/s : Ini hanyalah luahan hatiku sebagai umat Islam, aku pun bukan bagus sangat dalam hal ini dan jika ada salah silap mengenai artikel aku ni sila perbetulkan. Komen dan kritik korang aku hargai. Mana yg baik kita kongsi bersama. Sekian.
Mari kita dengar apa pula pendapat tokoh2 Islam tanah air mengenai isu ini
bagus pendapat ko...harap orang2 kita dapat bersabar dalam isu nie...kita bantah cara aman dulu...
p/s : tak nak negara kita macam kat selatan Thai...hari2 keluar berita pasal kes bom sana sini..
rizputra7
January 9, 2010 at 5:52 PM
betul tu, masalahnya ada sesetengah bangsa melayu yg beragama Islam mudah melatah. dalam bahasa yg kasar, yg buat perkara bodoh dan emosi begini hanyalah orang yang perasaannya dipenuhi amarah dan cetek ilmu agama, ttp bukan atas kesedaran untuk membela agama.
.: Si BungaKopi : .
January 9, 2010 at 5:59 PM
“Haram memusnahkan rumah ibadat agama lain,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria....selanjutnya di Sinar Harian...http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6342100.asp
Unknown
January 9, 2010 at 7:25 PM
salam...
1. aku juga turut mengutuk keras perbuatan itu. Sekarang ni kita xtahu siapa yang bertanggungjawab di atas perbuatan tersebut. Kita xtahu samada orang Islam yang buat atau pun orang lain. Boleh jadi orang Islam yang buat dan boleh jadi juga orang kristian yang buat. Oleh itu jangan cepat kita membuat andaian bahawa orang Islam yang buat.
2. Aku harap pihak berkuasa (PDRM) lakukan siasatan dan hebahkan siapa yang melakukannya. Baru boleh kita tengok siapa yang dalang sebenarnya.
Zulkarnain
January 9, 2010 at 8:10 PM
aku rase..smpi bile2 pn xkn dpt tau sape yg bakar gereja tu..aku suke pndpt ko...yg bakar gereja tu terlalu mengikut nafsu..tula jdnye..pastu bru usik ckit..dah cepat melatahhh...adoiii..kitew ade mufti n ahli mjlis fatwa xpon ahli mjlis fatwa islam sedunia..bley rujuk pada drang..nie x..dah kecoh sne snie..
PrinCe_TopEx
January 9, 2010 at 8:24 PM
@zulcar9
btol tu...kita tunggu..
Unknown
January 9, 2010 at 10:50 PM
itulah pasal...
manusia2 dkt malaysia nih banyak sangat yg suka menjadi api
tidak boleh lihat keamanan
aku rindu malaysia sewaktu aku kecil dahulu
aman jer
hans
January 9, 2010 at 11:40 PM
kdg2 aku terfikir nape skrng semua boleh amik kesempatan nak hina-hina islam?sebab tgk sendiri orang melayu sekarang macam mane~
lebih2 lagi orang yang 'besar2' kan?
mcm mane dorang nak respect agama kita, sdgkan kita sendiri takde respect..ye dak?
p/s : cmner cik epal ade kat snie?hehehehe
Nabiel
September 5, 2010 at 10:25 AM
ikut la Al-Quran... perintah Allah..
Anonymous
March 25, 2012 at 4:37 PM