Kawasan Rumah Sewa ku Masuk Paper

Tgh bosan2 layan internet, masuk Metro Online...tengok ada berita ni..terus masuk blog aku...hahaha....sapa berminat teruskan membacaivanjaya.net


Pangsapuri 1001 masalah

Oleh Abdullah Wahab

SHAH ALAM: Pangsapuri Taman Sri Rasau, Jalan Batu Tiga Lama, Seksyen 16 di sini, baru lima tahun dihuni, namun ia menyimpan 1,001 masalah, sekali gus merisaukan penghuni di situ.


BUKTI... seorang penduduk menunjukkan kebocoran pada siling pangsapuri.

BUKTI... seorang penduduk menunjukkan kebocoran pada siling pangsapuri.

TADAH... penduduk terpaksa menadah air bocor dari siling.

TADAH... penduduk terpaksa menadah air bocor dari siling.

Penduduk mendakwa, pangsapuri tiga blok membabitkan lima tingkat itu mula bermasalah sejak bulan pertama mereka mendiami kawasan terbabit dan ia gagal diselesaikan pemaju menyebabkan penghuni terpaksa menanggung segala keperitan mendiami rumah itu.


Pengerusi Pangsapuri Taman Sri Rasau, Mohd Noor Mohd Loddin, berkata masalah utama yang membelenggu mereka ialah tindakan pemaju gagal melakukan kerja penyelenggaraan walaupun penduduk menjelaskan bayaran setiap bulan.


“Baru-baru ini, bekalan elektrik di blok satu dan dua dipotong disusuli blok ketiga, tiga hari kemudian. Ia gara-gara pihak pengurusan gagal menjelaskan tunggakan RM80,000.


“Berikutan itu, saya selaku pengerusi persatuan penduduk di sini, dibantu beberapa ahli terpaksa mengetuk dari rumah ke rumah untuk meminta penghuni membayar RM150 seorang. “Hasilnya, kami kumpul hanya sejumlah kecil saja dan atas belas ihsan TNB (Tenaga Nasional Berhad) bekalan elektrik disambung, bagaimanapun kami perlu menjelaskan sejumlah besar lagi tunggakan,” katanya di sini, semalam.


Difahamkan, penduduk turut mengadakan sesi dialog dengan wakil rakyat di situ serta beberapa pihak berwajib, namun tiada jalan penyelesaian dibuat.


Beliau berkata, selain masalah itu, lebih 30 unit rumah membabitkan ketiga-tiga blok berkenaan bocor, malah ada antara mereka terpaksa mengosongkan bilik berikutan limpahan air.


“Malah, di blok tiga, hampir keseluruhan unit bocor menyebabkan penghuni terpaksa memendam rasa kerana tiada tempat mengadu.


“Ia berpunca daripada atap yang rosak dan saya lihat ada kayu yang mula reput,” katanya menambah kejadian itu berpunca daripada tindakan pihak penyelenggara gagal melakukan kerja dengan sempurna.


Penduduk, Juliana Abd Aziz, 32, berkata satu bilik rumahnya terpaksa dikosongkan kerana bocor.

Dia yang tinggal di tingkat bawah mendakwa, kejadian itu berlaku selepas lapan bulan mendiami rumah berkenaan sebelum memutuskan mengosongkannya kerana terdapat arus elektrik di situ.


“Apa nak buat, rumah ini sudah dibeli, takkan nak pindah pula. Terpaksalah hadapinya walaupun pelbagai cara dilakukan, namun tidak berjaya.


“Apa yang saya bimbang, keselamatan dua anak, takut ada arus elektrik,” katanya.


N Kumar, 34, yang mendiami tingkat lima blok tiga, berkata air hujan yang memasuki rumahnya kini dianggap perkara biasa dan yang dibimbangkan kemungkinan atap runtuh.


“Atap ini sudah bertahun bocor dan sejak kebelakangan ini, saya lihat kayu mula berkulat dan reput.


“Jika berlaku hujan, kami sekeluarga terpaksa berjaga-jaga dan jika berlaku angin kuat, saya dan isteri akan keluar dari rumah,” katanya.


Sementara itu, tinjauan Metroplus di pangsapuri berkenaan mendapati bumbung rumah mengalami kerosakan teruk manakala paipnya pula mengalami kebocoran teruk.


Malah, ada antara blok terbabit dipenuhi tumbuhan meliar akibat limpahan air dari tangki.

Sumber Metro

4 Response to "Kawasan Rumah Sewa ku Masuk Paper"

  1. teruk gak rosak nie..
    jumbaiki?..hehe

  2. @amirah

    tu la pasal...merana je sapa dop kat sini

  3. @cik EPAL
    sumah sewa den xdo la yg rosak setakat lampu toilet blow tu ado la, tapi terputus bekalan air 3 hari aritu...emm, paham2 je la

  4. ni anak pengerusi nk berselora gak..kui2...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails