Powered by Blogger.
Nukilan dari
Unknown
Friday, February 22, 2013
Friday, February 22, 2013
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Hari ini, Jumaat Penghulu Segala Hari, hari yang mulia dan dua Jumaat yang lalu, 8 Feb 2013 kembalinya salah seorang sahabat akrab aku ke Rahmatullah menemui Sang Pencipta Yang Maha Esa, Allah SWT. Oleh itu, aku mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Shahrul Akhmar atau lebih dikenali dengan nama Chaon.
Sedang aku dan rakan2 sedang menuju ke pusat membeli belah untuk membeli hadiah kenduri kahwin rakan UiTM pada keesokan hari, kami dikejutkan dengan satu sms dari isteri arwah (yang mana baru sahaja mereka berdua diijab kabulkan pada bulan Disember lalu), “Chaon dah xde. kat hosp klang. nant jenazah bwk p langat nant”. Aku tersentap dan terkejut dengan sms tersebut, lalu aku dan rakan2 yang lain terus tukar plan sebab asalnya lepas pergi beli hadiah tu, terus nak melepak makan2 dekat Damansara.
Bismillahirrohmanirrohim.
Innalillahiwainnailaihirroji'un
Dalam Kenangan...Anak saudara yg dikasihi
Shahrul Akhmar Sharifuddin (ChaOn Zonda), Lahir pd Jumaat 2/1/87. Bernikah dengan Nur Hidayah ( Kech Hidayah) pd Jumaat14/12/12.
Kembali ke rahmatullah pd Jumaat 8/2/2013 di usia 26 thn dlm kebakaran kilang tmpt beliau bertugas di Klang Selangor.
Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Hulu Langat pd pg 9hb Feb 2013.
Terima kasih kepada semua yg menziarahi dan mendoakan arwah.
Semoga rohnya di tempatkan di kalangan hamba2 Allah yg beriman.
Al Fatihah...
Sumber photo dari Facebook beliau yang di post oleh mak cik nya
Pada mulanya aku ingatkan arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya, tapi sangkaan aku salah apabila dapat berita dari rakan2 UiTM, beliau meninggal dalam kejadian kebakaran di tempat kerja. Kira-kira jam 10 malam, aku dan rakan2 yang lain tiba di hospital dan terus menuju ke bahagian kecemasan. kelihatan keluarga arwah dalam keadaan kesedihan dan sugul sedang membaca Yasin untuk arwah.
Kami menunggu jenazah arwah selesai post mortem oleh pihak hospital, prosedur biasa bagi mangsa kemalangan. Sebelum tu aku sibuk menyampaikan berita sedih ini kepada rakan2 yang rapat dengan arwah terutamanya housemate kami yang pernah sama2 berjuang di UiTM. Pada malam tersebut, pihak hospital kekurangan staf untuk menguruskan jenazah, lalu meminta 3 orang dari kami yang hadir dapat membantu untuk memandikan jenazah.
Dalam kenangan geng2 blogger.
Aku, Yus, Chaon (arwah), Jijan,
Nisa, Adik Kech, Kech (isteri arwah), Ery, Vio
Aku dan rakan2 berbincang siapa yang boleh bantu, pada mulanya aku teragak-agak untuk turut serta sebab aku memang tak ada experience dalam menguruskan jenazah. Namun, aku fikir ini lah masanya untuk aku berbakti pada arwah, sahabat aku yang dikenali sejak mula2 masuk UiTM (2006). Sama-sama susah senang hidup sebagai student. Arwah banyak membantu aku dari segi pelajaran terutamanya subjek2 yang melibatkan calculation.
Lalu, aku, seorang lagi rakan UiTM dan rakan sekerja arwah volunteer utk membantu menguruskan jenazah. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 12 pagi jenazah selesai disempurnakan dan sedia dihantar ke tempat tinggal arwah di Hulu Langat untuk dikebumikan.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga roh sahabatku ini ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Damailah kau disana sahabat, InsyaAllah kami sentiasa mendoakan kamu dan kepada pihak keluarga terutamanya isteri arwah, banyak2 kan bersabar dan kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup. Al- Fatihah.

"Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi si matimu.”
Nukilan dari
Unknown
Saturday, May 21, 2011
Saturday, May 21, 2011
Nukilan dari
Unknown
Tuesday, March 29, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Labels:
Ape -ape aje
Nukilan dari
Unknown
Sunday, March 13, 2011
Sunday, March 13, 2011
Labels:
Arsenal
,
Bola Sepak
,
The Red Warrior
Nukilan dari
Unknown
Wednesday, February 16, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Labels:
Berita
,
Kerja Kosong
,
ZTE (M) Sdn Bhd
Nukilan dari
Unknown
Saturday, February 12, 2011
Saturday, February 12, 2011
Labels:
Ape -ape aje
Nukilan dari
Unknown
Saturday, January 29, 2011
Saturday, January 29, 2011
Labels:
Astro Raja Lawak Musim Ke 5
,
Lawak Tahap Dewa
Gelanggang Raja Lawak sampai ke minggu ke 4, seperti diketahui kumpulan Kopi O telah terkeluar untuk minggu ke 4 ini. Jom, saksikan persembahan mereka serta peserta-peserta yang lain di bawah (video YouTube).
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Thursday, January 27, 2011
Thursday, January 27, 2011
Labels:
Berita
,
Islamic
,
Kerja
,
Personal
Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Alhamdulillah, ucapan yang mesti dilafazkan apabila kita mendapat sesuatu perkhabaran yang gembira. Hari ini, aku bersyukur ke Maha Pencipta kerna aku mendapat khabar yang gembira. Seperti tajuk entri ini, berkat usaha (walaupun tidak seberapa), iringan doa serta tahap kesabaran yang tinggi (bajet la tinggi..ahaks), akhirnya aku dikurniakan seorang cahaya mata..jeng jeng jeng bergurau…hah ha, aku dah dapat offer kerja daa. Peristiwa ini berlaku selepas aku meluahkan perasaan dalam blog ni sebab dah tak ada duit kat entri ini, pagi hari dalam pukul 11 am aku check email, rutin harian aku la ni.
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Wednesday, January 26, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Labels:
Badan Kurus
,
Motivasi
,
Personal
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah, hari ini aku masih dapat menghirup udara walaupun isi kandungannya tidaklah berapa sihat di zaman moden ini. Aku masih hidup, hidup untuk meneruskan perjalanan yang penuh liku, dirundum pelbagai masalah yang tak boleh salahkan sesiapa hanya salahkan diri sendiri. Kerana apa?! kerana Allah telah berpesan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib hambaNya, melainkan hambaNya itu yang mengubahnya sendiri. Dalam erti kata yang lain, berusaha. Aku sudah berusaha tetapi tidak secara sebaik mungkin atau dengan bersungguh-sungguh menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi kini terus membelenggu kehidapan aku. Cukuplah mukadimmahnya di sini, kenapa kenapa kenapa aku tertekan? Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan hidup tertekan tetapi hanya satu dua sahaja yang aku mahu kongsikan.
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Saturday, January 22, 2011
Saturday, January 22, 2011
Labels:
Astro Raja Lawak Musim Ke 5
,
Lawak Tahap Dewa
Kepada sesiapa yang terlepas pandang rancangan realiti Astro Raja Lawak Musim ke 5 untuk minggu ketiga, jangan risau kerana Ichigo Miro dapat membantu permasalahan korang..hik3…Jom tonton video-video Gelanggang Raja Lawak Musim Ke 5 Minggu Ke 3, di mana?!…haaa, sila tekan link di bawah ini…wokeh, sekian, Wassalam.
Nukilan dari
Unknown
Sunday, January 16, 2011
Sunday, January 16, 2011
Labels:
Bola Sepak
,
English Premier League
,
Live Streaming
,
Manchester United
,
Tottenham Hotspurs
English Premier League Super Sunday Big Match : Tottenham Hotspurs VS Manchester United
Watch Free Live Streaming Here
Nukilan dari
Unknown
Sunday, January 16, 2011
Labels:
Bola Sepak
,
English Premier League
,
Everton
,
Live Streaming
,
Liverpool
,
Merseyside Derby
Who want to watch Merseyside Derby game tonight live on internet? Come here to papa. Haha! Please click link below.
Nukilan dari
Unknown
Tuesday, January 11, 2011
Tuesday, January 11, 2011
Labels:
Give Away
,
Peraduan
Assalamualaikum dan Salam Satu Sejahtera. Haa, ni first time gua join acara GA dalam blog ni..hahaha..sebab tak tau nak update apa..so join benda ni je la. Apa?!..nak join jugak ke..mai la..Syarat-syarat gua copy paste je ni..haa…sila read more yer…
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Friday, January 7, 2011
Friday, January 07, 2011
Labels:
Astro Raja Lawak Musim Ke 5
,
Berita
,
Lawak Tahap Dewa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera hendaknya. Hahahahaha…lawak-lawak, taip LAWAK <jarak> MIRO ke 32999…hahahaha…bergurau. Wokeh, program realiti yang mencari makhluk tuhan yang bernama manusia yang bisa buat orang geli ketiak, tumit, lutut, usus kecil dan segala pancaindera yang ada akan beraksi tepat 9 malam ini, di Saluran Astro Prima..I Feel Gewddd..halamak.. salah tagline..ampun pak astro ampun..=). Gua kasi up program ini sebab musababnya adalah gua memang layan walaupun bermula dengan musim ke 4..musim sebelum ini gua tak terdedah lagi dengan program sebegini. Siapa pulak peserta-pesertanya, ayuh kita terjahhhh….
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Tuesday, January 4, 2011
Tuesday, January 04, 2011
Labels:
Lawak Tahap Dewa
,
Photo Pilihan
Nukilan dari
Unknown
Thursday, December 30, 2010
Thursday, December 30, 2010
Labels:
AFF Suzuki Cup
,
Ape -ape aje
,
Berita
,
Bola Sepak
,
Hanis Zalikha
,
Khairul Fahmi Che Mat
,
Supotsu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kita mulakan bicara dengan Bismillah..(wah sopan pulak aku hari ini ^_^ )..Sebelum itu gua nak ucapkan sekalung tahniah buat Harimau Malaya yang telah menjuarai AFF Suzuki Cup semalam. Keputusannya telah diketahui ramai di seluruh dunia yang mengikuti pertandingan bola sepak benua Asia Tenggara ini, so tak payah ar gua nak cerita lagi kan. Apa yang gua nak kesah kat sini ialah 2 individu yang telah menaikkan trafik blogger-blogger Malaya…
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Thursday, December 9, 2010
Thursday, December 09, 2010
Labels:
Cinta
,
Motivasi
,
Tips dan Petua
Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 1432 H. Baiklah, sekarang ini kita telah memasuki ke tahun baru Islam dan tidak lama lagi Happy New Year 2010 menemui dunia. Setiap kali menjelang tahun baru, kita akan cuba melakukan revolusi mengenai karier, hal kewangan, cinta dan hubungan kekeluargaan serta banyak lagi sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang atau dengan kata lain azam tahun baru.
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Friday, December 3, 2010
Friday, December 03, 2010
Labels:
Berita
,
BlackBerry Curve 9300
,
Nuffnang
,
Perpisahan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…Sobss…sobss…gua tengah bersedih ni…tak tahu kenapa..nak balik cepat..eh, salah dialog plak…Di saat pertama kali melihatnya, gua terus jatuh gedebuk cinta. Setelah berjaya gua memilikinya, merempuh onak dan duri bersama-sama…namun..sobbss…apa kan daya…kami terpisah jua. Dirinya telah di ambil orang…remuk hatiku..Kenapa perkara ini berlaku….
Read more »
Nukilan dari
Unknown
Sunday, November 28, 2010
Sunday, November 28, 2010
Labels:
girls are not complicated
,
Rumahtangga
,
Wanita
Assalamualaikum dan Salam Bahagia to all my readers, ecewah!…wokeh, sudah lama gua menyepi dengan entri baru ni. Kali ini, mungkin agak ‘berat’ sedikit dari entri-entri gua yang lain. Apa yang gua nak kupaskan hari ini adalah fokus kepada spesis-spesis yang sama dengan gua iaitu LELAKI. Kepada kaum HAWA pun tidak salah untuk membaca sebab subjeknya pun mengenai perhiasan yang paling indah iaitu perempuan. Kalian berminat?, ayuh kita terjah!…
Read more »Designed by WPCRUNCHY
Converted into Blogger Templates by Theme Craft