Diriku Tertekan, Siapa Yang Dapat Membantu?

hidupku tertekan - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah, hari ini aku masih dapat menghirup udara walaupun isi kandungannya tidaklah berapa sihat di zaman moden ini. Aku masih hidup, hidup untuk meneruskan perjalanan yang penuh liku, dirundum pelbagai masalah yang tak boleh salahkan sesiapa hanya salahkan diri sendiri. Kerana apa?! kerana Allah telah berpesan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib hambaNya, melainkan hambaNya itu yang mengubahnya sendiri. Dalam erti kata yang lain, berusaha. Aku sudah berusaha tetapi tidak secara sebaik mungkin atau dengan bersungguh-sungguh menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi kini terus membelenggu kehidapan aku. Cukuplah mukadimmahnya di sini, kenapa kenapa kenapa aku tertekan? Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan hidup tertekan tetapi hanya satu dua sahaja yang aku mahu kongsikan.

 

Mungkin orang lihat aku okay kerana setiap hari aku tidak lupa untuk senyum, walhal aku ni tidaklah sebahagia yang disangka. Kerana apa aku masih boleh tersenyum, kerana aku telah memotivasikan diri aku untuk sentiasa jadi positif. Tetapi kadang kala tekanan masalah itu berat untuk aku pikul. Bagaimana nak kurangkan ialah caranya berkongsi dan ini salah satu cara aku, melalui blog.

 

Berbadan KURUS

Faktor ini adalah faktor yang telah sekian lama aku rasai tekanannya. Sejak aku dibangku sekolah lagi, aku diejek, diperli, ditanya oleh pelbagai manusia yang aku kenal mahupun tak dikenali. “Amir, kenapa ni kurus sangat ni?”, tanya mak saudara setiap kali aku balik kampung, “Woi, kurus!”, panggilan kawan sekolah aku, “Adik, you tarak makan ka, nampak kurus sangat ni”, teguran Aunty yang berbangsa Cina semasa aku beratur hendak membeli nasi bungkus di gerai makan. Dan aku, hanya tersenyum dan tersengih. Nak marah pun, alahai tak berbaloi marah orang sebab benda-benda camni. So, redha je la apa orang nak kata.Hmmm.

skinny-dudeSerius tak macho langsung jadi Skinny Guy

Cermin adalah sahabat akrab aku saat aku memikirkan permasalahan ini. Berdiri di depannya dan seraya bertanya, kenapa aku kurus sangat? lalu aku melihat susuk tubuh yang langsung tidak menjadi idaman aweks-aweks di luar sana. Perasaan-perasaan negatif mula menyerlahkan diri. Aweks-aweks hanya terliur susuk ala-ala Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Johnny Depp, Osman Kering..erk!?.salah orang plak..emm Sazali Samad mungkin…hehehe.

johnny_depp-6569 Kenal tak siapa ni? Ini namanya Tukiman Bin Tukiran, sahabat aku..hehehe

Benci!!! kata hati ku. Aku terasa sedikit terhina, terkilan, tertekan, terkencing..opss..tatkala melihat orang-orang disekeliling. Kenapa tidaknya, aku melihat kawan-kawan ku contohnya, mereka memliki tubuh yang ideal, pakai baju, seluar elok je bila dipandang. Nak mengorat aweks pun berkeyakinan tinggi..huhuhu. Aku?!..hmmm, pakai baju saiz M tu pun sebab aku tinggi (perasan tinggi plak dah..ahaks), 170cm sebab kalau pakai S, singkat plak jadi bajunya. Seluar, pinggang 29 je tu pun kasi longgar skit sebab kalau pakai 28, ngam-ngam tak best kan. Nak bergaya jadi susah..hahahampeh. BMI aku ialah ‘kurang berat badan’, seberat yang aku mampu capai ialah hanya 55 kg, untuk aku mencapai tahap ideal, sekurang-kurangnya 60 kg. Serius tak macho langsung. sedihnya diriku ini..T_T

Kadang-kala, aku rasa aku tak nak keluar dari rumah, tak nak berjalan seiring dengan sesiapa pun, rasa tiada keyakinan diri, low self esteem bak kata omputih. Tapi nak tak nak, kena keluar juga, tak ada life la kalau terperap dalam rumah je kan. Aku malu, malu memiliki badan sebegini. Hmmmm..

Apa masalah sebenarnya?! Ada orang kata, kadar metabolisma badan aku tinggi. Masalah diet la, kena makan banyak, lebihkan certain nutrition dan sebagainya. Makan banyak pun, badan tak berisi jugak. Nak try supplement, fikir beberapa kali jugak, mahal lah, mujarab ke tak lah, tak ada side effect ke lah…haish! Pernah jugak teori mengatakan, ala, kau tunggu je la kahwin nanti. Aku takut lepas kahwin bukan berat badan yang bertambah, tapi sama naik dengan isteri yang tengah hamil…Ahaks, mintak jauh la jadi lelaki perut buncit ni..buruk bebenor ropenye..nak makan banyak-banyak, aku kena fikirkan masalah aku yang kedua plak. Jadi, tak akan selesai masalah ini jika masalah kedua aku itu tak selesai.

 

obesity

Aku tak nak buncit macam dalam gambar atas ni..aku nak tambah berat badan je..huhu

Duit Tak Ada

Dalam erti kata masalah ekonomi. Aku penganggur, duduk berjauhan dengan keluarga, keluarga pulak, ekonomi sekadar cukup-cukup makan. Perbelanjaan aku 100% berharap kepada keluarga. Banyak benda yang aku kena belanjakan, rumah sewa, bil-bil, topup, makan dan transport aku. Aku dah rasa tertekan, bila aku nak dapatkan kerja ni, aku tak nak hidup macam ni, menyusahkan dan membebankan keluarga. Aku tak nak salahkan sesiapa, AKU, aku sendiri yang cari masalah. Usaha ada tetapi tidak cukup. Tawakal sahaja tidak memadai. Tawakal tanpa usaha lagi la tak ada harapan nak berduit.

6a0128764bd061970c0133f433de08970b-800wi

Aku dah mula rasa malu, kawan-kawan semua dah boleh hidup sendiri, sumber kewangan sendiri. Mak ayah kat kampung mereka dah dapat ‘makan jasa’ pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak. Aku? masih lagi hidup bergantung. Bila masalah ini nak selesai, hanya aku je tahu jawapannya. Serabut kepala otak, tapi aku tetap tersenyum dan tersengih. Walaupun palsu, ia tetap membantu untuk aku kurangkan tekanan masalah yang di hadapi.

 

Apa-apa pun masalahnya, aku tetap redha dan bersyukur dengan apa yang aku miliki, jika asyik memandang benda yang lebih elok daripada kita, sampai mati pun kita tak kan rasa puas. Untuk itu, sesekali pandanglah juga benda yang kurang dari kita agar kita berfikir, rupa-rupanya ada yang masih teruk dari kita.

Sekian sahaja coretan perasaan aku. Terima kasih dan Wassalam.

forced-smile

SMILE!!!

Comments (19)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hmm.. hard to say.. mmg susah nk tambah berat.. tp pelis kut.. nis kalau balik umah berat turun.. balik kampus tak sampai sebulan da naik 4kg =.=" tu pun 52 baru je cukup bmi.

haha.. cek berat sbb nak derma darah td.. xsampai 200g darah dah clot =.=" sabar je la..
2 replies · active 474 weeks ago
owh...senangnya naik berat badan...huhuhhu
turun berat lagi senang.. wakaka.. tengok la balik cuti seminggu ni nanti turun giler punya...
hmm... sy x baca semua sebb nk rush pergi exam tapi just nak bgtau..

hujan akan reda,banjir akan surut, dan yang hilang kan berganti..
jadi kuatkan semangat kerana tak selamanya kita begini..
Yakin pada Allah dan pada diri sendiri..
Dia takkan pernah menzalimi hambaNya..
okeh peace!
1 reply · active 474 weeks ago
ok..thanks..sudi baca walaupun xabis..gud luk exam
oloh..oloh..olohhh...

doh mari gi make nasik kukuh hhahahaha..sedih molek bunyi..tadi cerio jah mapuh aku hahahaha

dengar kaba ado intebiu gi algeria..kim sale ko zidane deh wahaha
1 reply · active 739 weeks ago
hahaha...sajo main angin sedih sket..mari ar nok g make nasik kukuh ..abih plok gak...nyesal demo..ahaks
heh he..gitu la manusia bos...sentiasa tak puas hati...demo tok se gemuk ko yus..
meh aku bagi lemak ku sikit dekat ko abang miro yang kacak
hehehehe
pergi Gym lah n minum susu tu
cuba tgok
mungkin leh naikkan badan

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
1 reply · active 739 weeks ago
mai la klu berani..hah ha...gym tu susah la..klu minum susu tu boleh la try..
hmm.. jangan tension2 n rendah diri ok. Think positive je. Belom masa lagi nak gemuk tu. Heheheh.. Maybe Miro patut jumpa dietitian untuk consultation. then dari situ baru tau exactly macam mana nak tambah berat badan dengan sihat dan betul..

pasal kerja tu, ada baiknya teruskan lagi usaha. cuba daftar Jobstreet, jobsmalaysia, search kat mudah.my untuk kerja kerja yang diperlukan. Sometimes, tak semestinya nak bekerja dalam bidang yang kita suka. Cuba cabar diri untuk buat sesuatu yang baru..:)

ini sekadar perkongsian. kalo ada tersalah cakap, mahap la yer:)
hmm.. jangan tension2 n rendah diri ok. Think positive je. Belom masa lagi nak gemuk tu. Heheheh.. Maybe Miro patut jumpa dietitian untuk consultation. then dari situ baru tau exactly macam mana nak tambah berat badan dengan sihat dan betul..

pasal kerja tu, ada baiknya teruskan lagi usaha. cuba daftar Jobstreet, jobsmalaysia, search kat mudah.my untuk kerja kerja yang diperlukan. Sometimes, tak semestinya nak bekerja dalam bidang yang kita suka. Cuba cabar diri untuk buat sesuatu yang baru..:)

ini sekadar perkongsian. kalo ada tersalah cakap, mahap la yer:)
2 replies · active 739 weeks ago
perkongsian yang menarik..tq rama2ungu..dlm perancangan, try yg minat dulu pasal kerja..kalau masih xdpt lg, mmg akan tukar minat jgk...huhu
yer...good luck n all the best yer:) jangan putus ada n rendah diri..
chill beb...dun let the emotions let u down dude,
at least ko tinggi la jugak x mcm ak T_T
1 reply · active less than 1 minute ago
heh he...ko gadis2 ok la kurus...lelaki x ganteng kurus2 ni..ahaks
Luahan hati Miro
syahdu ak baca....
1 reply · active 739 weeks ago
yak boktey..syahdu siap..muahahaha

Post a new comment

Comments by

Related Posts with Thumbnails