Berkat Usaha, Doa Serta Kesabaran

usaha, doa dan kesabaran

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Alhamdulillah, ucapan yang mesti dilafazkan apabila kita mendapat sesuatu perkhabaran yang gembira. Hari ini, aku bersyukur ke Maha Pencipta kerna aku mendapat khabar yang gembira. Seperti tajuk entri ini, berkat usaha (walaupun tidak seberapa), iringan doa serta tahap kesabaran yang tinggi (bajet la tinggi..ahaks), akhirnya aku dikurniakan seorang cahaya mata..jeng jeng jeng bergurau…hah ha, aku dah dapat offer kerja daa. Peristiwa ini berlaku selepas aku meluahkan perasaan dalam blog ni sebab dah tak ada duit kat entri ini, pagi hari dalam pukul 11 am aku check email, rutin harian aku la ni.

 

Dengan secara tiba-tiba, anak mata ku yang telah rabun jauh ini terpandang, terlihat dan terusha pada satu email yang di hantar oleh seseorang manusia yang bakal menyambut perayaan beliau awal bulan 2 nanti. Lalu, aku mengalihkan pandangan aku ke kanan untuk melihat title email tersebut DAN! (ampa buat-buat ar terkejut naa), tertera Package offer from ZTE – Contract Agreement ready. Lantasnya aku terus klik dan baca, bila baca aku terpinga-pinga sebab omputihnya high level sangat..hahaha. Minta bantuan translator aku, baru lah dapat faham..hehe.

 

Selama sebulan lebih aku tunggu offer ini sebaik sahaja selesai proses interview dekat KL, mereka janji nak bagi jawapan dapat ke tak seminggu selepas interview tersebut, tapi haraaaamm. Lepas tu aku buat follow up email untuk mendapatkan status aku, dapat ke tidak. Selang seminggu lebih kurang, mereka balas email aku dan memberitahu, mereka tak buat final approvement lg. Oooo…ye ke, patut la senyap. Sabar ku menunggu dan hari ini, mereka berminat untuk jadikan aku sebagai pekerja company tersebut.

 

Alhamdulillah, fasa hidup ketiga aku bakal bermula genap 7 Febuari ini jika aku tandatangan surat perjanjian yang ditawarkan kepada aku. Bersediakah aku untuk menempuhi cabaran di alam perkerjaan? tunggu dan lihat saja lah nanti. Sebelum itu, aku nak berkongsi rentetan peristiwa-peristiwa yang berkaitan sebelum aku dapat offer ini.

 OCK_NEW_OFFICE-Model

Lokasi Bakal Tempat Kerja Aku

Extand Semester

Nasib baik tidak berdamping dengan aku ketika ini sebab kesilapan sendiri, tak belajar elok-elok. Last-last decide untuk extend atau bahasa mulianya ‘further study’ untuk satu semester gara-gara tidak dapat menyiapkan Final Year Project. Akan tetapi, ‘pengorbanan’ ini dibayar dengan harga yang tinggi iaitu aku dapat A untuk FYP aku tu dan CGPA aku pun ok, boleh la dibanggakan walaupun tak lepas 3.00 pun. Pangkat Second Class Lower pun not bad la kan, syukur.

 

First Interview

Di atas prihatin kawan yang dah bekerja, dia minta resume aku untuk dapatkan kerja tempat kawan aku tu bekerja. Esoknya, dapat interview dan ini merupakan temulawak..eh, salah..maap, temuduga pertama aku. Bila waktu temuduga tu, aku tak berapa yakin. First kot. Aku ingat dah gagal sebab banyak soalan yang ditanya aku jawab dengan kurang sempurna, siap ada yang salah lagi tapi dengan yakin dan jayanya, aku belasah je la jawab. Keputusannya, sila baca untuk peristiwa seterusnya.

 

Menyesal Tak Sudah

Pada hari yang sama temuduga pertama tu, aku apply satu company dekat Kepong, saranan dari kawan lama. Tak sampai 5 minit, owner company tersebut call dan tanya berminat ke nak kerja dengan beliau. Kalau berminat datang la office, dan aku pun pergi selepas itu. Pada hari yang sama juga, petang-petang ada call lagi, offer untuk sertai training selama sebulan dan diberi elaun RM500. Fikir dan terus berfikir, aku pun terima untuk join training tersebut sebab keputusan untuk first interview tu aku dapat rasakan gagal.

Ok, dekat Kepong tu plak, bos company subcon Telco bagi penerangan dekat aku apa responsibility aku kalau kerja. Bos baik, bagus tetapi aku fikir jauh sangat dari Shah Alam dan juga aku hanya bertemankan kapchai buruk je, aku tak nak kerja kat situ. Pada hari tersebut jugak, aku dapat call dari company yang temuduga pertama, keputusan positif, diterima untuk bekerja tapi aku tolak sebab berlagak gaji sikit dan aku fikir training yang aku nak join tu berpeluang dapat kerja yang lebih bagus. Akan tetapi, training tu sekadar tambah ilmu sahaja dan tidak dijanjikan dapat kerja. So, menyesal tak sudah sebab tak terima tawaran company yang first interview itu. Menganggur sampai hari ini.

 

Allah Maha Memberi

Offer yang aku dapat ini adalah hasil interview kedua dalam sejarah hidup aku. Proses interview sedikit mencabar sebab ada test. Aku siap sms member kat rumah sebab nak dapatkan jawapan, aku suruh kawan aku google. Hahaha..sempoi tak?. Masa sesi ko tanya aku jawab tu, bereh belako. No problem dan full confident walaupun English aku broken tahap apa ntah..hahaha. Ni yang dikatakan rezeki ada di mana-mana. Ada seorang hamba Allah selalu berpesan kat aku, rajin-rajin lah solat sunat dhuha dan hajat, insya Allah rezeki Tuhan bagi juga dekat kita dan aku buat seperti yang dipesan oleh beliau. Dan alhamdulillah, tengoklah hasilnya hari ini.

 

Begitulah perjalanan hidup aku untuk menempuhi alam perkerjaan ini. Mudah-mudahan, hasil kerja dan penat lelah aku ini diberkati Allah di dunia dan akhirat khususnya. Amin. Sekian, terima kasih.

 

Merempit la aku hari-hari dari Shah Alam ke Puchong. Philosophy of Work : Work For Humanity

Related Posts with Thumbnails