Di sini hamba ingin memberi serba sedikit tips2 untuk kita bersama. Tips ini adalah untuk kita mengatasi perkara yg seperti tertera di tajuk posting ini. Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu wa'lam..
good ah info ni-mmg kene print n letak kan kat tempat yg senang nampak-mane tahuuu-nanti tetibe nak marah2 kann?-paling pentingg-hati mao baik!baru semua keadaan jadik baik! ;D
B L O G D E T
January 26, 2010 at 12:40 AM
@F U N F A B U L O S I T Y
aha..bagus2..teruskan niat murni mu itu
Unknown
January 26, 2010 at 9:26 AM