Setakat Di Sini Sahaja Aku Berblogging...Bye2



Salam semua, yer...seperti yang diwarwarkan oleh encik title di atas, saya dengan ini mengisytiharkan bahawasanya saya Miro akan melupakan segala kegiatan2 dan aksi laku dalam dunia blog mulai habisnya entri kali ini.Nak tahu kisah selanjutnya?...jom layan luahan hati ku yang ikhlas ini....




Mungkin anda suma tertanya2 kenapa aku perlu berbuat sedemikian rupa. Anehnya, tiada satu masalah pun yang cuba menghalang aku dari meneruskan perjuangan dalam dunia blog yg maya ini. Tapi, kenapa?...bagaimana?...apakah selama ini nafkah ya aku bagi tidak cukup...masih tidak memadai...?. Sungguh tidak ku sangka, begini berakhirnya sandiwara antara kita...Oh dunia, haruskah diriku disiksa sebegini rupa...kenapa?...Kenapa aku yang menjadi pilihan...Eh, jap...aku ni dalam drama Melayu ke apa ni...hahaha...Opss, terlebih sudah....



Hahaha, jangan marah ar...bertenang2...yang sebenarnya aku akan balik kampung halaman tercinta...muahahaha...sempena cuti Gong Xi Fa Cai merangkap mid sem break aku la...so, kat kg aku xda talian hayat internet, maka berkadaran terus dengan aku xleh nak online seperti sedia kala. Bererti aku pun xleh lah mengerjakan rutin harian aku sebagai seorang blogger kan...paham2 je la...aku xleh nak update...xleh nak blogwalking, blogjog dan seangkatan dengannya...klik2 iklan...so maybe traffic kat blog aku xjem ar selama lebih kurang 5 6 hari...


Tak balik kg nanti org kata aku ni bagai kacang lupakan kulit la, si tanggang la, malin kundang la...lupa daratan la...macam2 kan...tp bila balik dunia maya aku dah xda dah...aku mati nafsu terus...hahaha...melampau betol kenyataan itu...sebelum ni pun aku idup meriah je klu xda internet...hahaha....saja je ni...Tapi, aku sekarang ni sungguh lonely...mana x nya, suma memember dah blah awal dah, yang masih ada plak ntah ke mana perginya...maklumlah public holiday hari ini.



Tepat jam 9.00 malam ni, aku akan bertolak ke Kota Bharu dengan menunggang bas Sani Express...aik, macam ada yg xkena jer ngan ayat aku tu...(scan2)...ah, menunggang la plak, menaiki la sopan skit ayatnya...huuhuhu...merapu merepek la kau ni Miro. Okay dah, setel untuk entry kali ini. Kepada kawan2 dan seluruh umat bloggeran, di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti....huuuhuuu, tp agak terlambat ar wish aku...aah, xkisah ar...janji idup aku meriah dan majumia...mudah2an aku selamat sampai ke destinasi....Wallaw.


ivanjaya.netivanjaya.netivanjaya.netivanjaya.netivanjaya.netivanjaya.netivanjaya.netivanjaya.net

10 Response to "Setakat Di Sini Sahaja Aku Berblogging...Bye2"

  1. @Wanita Itu

    ...huhuhuhu, thanks...

  2. bas sani 2 la yg membunuh kawan aku.. hati2....

  3. sama la aku pun, dok kampung ni malas gile nk update blog huhuh..

  4. cesss..aku ingat ko nak stop blogging
    risau tul kalau stop
    asyik semua nak henti blogging
    nasib ini semua dusta
    hahaha

  5. miro oh miro klate rupanyo demo. selamat pulang ke kg halaman. pasni jom kuar g kbmol jom. hikhik

  6. aiseh men bro..
    wat suspen jer..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails