Koleksi Kisah Lawak Baek Punyer

senyum kambing

‘Ohoi!…ah senyumlah, senyumlah…wahai cik mek molek…ah senyumlah’…eh, orang dah sampai…alamak!…kantoi plak tengah karok…hihihihi…Haa, Assalamualaikum…amboi, hepi nampak, dapat ngorat anak dara Mak Leha ker?….korang sihat hari ni?…xkena demam kura2?…atau sembelit?…Ahhaa, klu x bagus lah…Gelanggang Raja Lawak Musim ke 4 sudah melabuh langsirnya dan juara pun sudah diketahui ramai iaitu sapa lagi klu xlain xbukan Kumpulan Kechik…apa tagline dia…Asal Dari Kampung…Tahniah ar kepada pemenang dan yang x menang cuba di lain hari…Shibidi bidi poonn poonn (Idlan aka Abg Kassim)…ngan Maggi Saya Sudah Kembang (Alex) pun xkurang hebatnya…undian ikut SMS…sapa lebih fofular dio lah monang ha…Kalau aku join Raja Lawak gak…agak2 aku ni layak ke…hahaha…buat lawak pun xreti..ada hati nak masuk Raja Lawak…ko tu Raja Tidur champion ar Miro..ahaks…Haa, kali ni aku nak share kisah2 lawak pendek koleksi aku…jom, kita bergedik2…haloo, bergelak ketawa lah..gedik2 pulak dia…ok, jom…

 

Kisah 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

  
Kisah 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

Kisah 3

Tunang Daud aka David, Mariam aka Mary menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
David : Mengapa?
Mary : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti

            kembalikan semua gambar saya.
David : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah

            sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Mary : Erkkkkkk........ Benci ......... 

Kisah 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!  

G2hLbjWz9in2hpavtsGBtWMco1_400 
Kisah 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Yamaha 135LC dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu.
Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,


Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 3 lagi gear. Berwaspada sebelum terkena.
Kawan Tok Batin : ????????

     

Kisah 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Waalaikumusalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

Kisah 7

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu" jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Kisah 8

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Usop terpandang Razak sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Usop.
Usop : Kenapa menangis?
Razak : Saya datang untuk ujian darah.
Usop : Awak takut ke?
Razak : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong
jari saya.

Mendengarkan penjelasan Usop, Razak pula menangis.
Usop : Eh, kenapa pula awak menangis?
Razak : Saya datang untuk ujian air kencing...

Kisah 9

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawab atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Kisah 10

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"
Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir."
Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?"
Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!" Say cheese…

 gelak_saje_saje_20090803_1542653372

p/s: diharap korang terhibur…klu xpun buat2 dan paksakan diri korang demi menjaga hati dan perasaan aku nih…hahaha…jangan lebih2 gelak pulak…nanti putus urat kentut sapa yang susah..preeett..peet..pisss..alamak!..terkentut sudah…bukti urat kentut aku masih sihat walafiat.Sekian

18 Response to "Koleksi Kisah Lawak Baek Punyer"

  1. jalan-jalan jumpa cendawan
    tumbuh indah dipokok cempedak
    sungguh lawak cerita kawan
    bergelak tawa terbahak.. uhuks.. hahha..

  2. @Chaon Cornerz

    ....amboi, berpantun nah dia...

    jalan2 jumpa rozita che wan
    mukanya sungguh jelita rupawan
    bagai puteri dari kayangan
    tetiba pulak aku berangan

    ....hahahaha...ntah apa2 punya pantun daa...bergurau...

  3. hahaha..best lawak ni....buat aku gelak sorang2 depan PC..mantap

  4. kebanyakan dah pernah baca ... tapi still best !

  5. @etomyam

    .....ahaha...hati2 semasa bergelak sensorang tau...benda yg x di ingini boleh berlaku...Malaysia Boleh!...eh ke situ la plak

  6. @touyakaruma

    ...biasa la..koleksi lama aku...saja dah xda idea nak update...hakhakhak

  7. heeee

    bangun2 terus senyum


    tenz miro chicago

    :p

  8. @rathiqah azmira rosli

    ....nice, bagus2..senyum di pagi hari...petanda baik tuh..emm apsal namaku di bilang miro chicago...hahaha...mungkin sbb muka aku iras2 Johnny Depp kot...tp Johnny Depp org Chicago ker?...bukan org Kg Dusun ek...muahahaha

  9. haha dulu dah baca tapi still wat aku gelak!

  10. @ParkAir

    ...bagus2...klu dah baca...sebagai peringatan..hahaha

  11. @miss lolly a.k.a luvfareda

    ...hello miss hello miss...gelak2 juga , control ayu jgn lupa...ye miss lolly...

  12. @Azizuan

    ....hahaha..amboi matjuan..gelak kaw2 naa

  13. bez la bro..smpai terberak smbil berlari aku bace..wakakakakakakak

  14. Snng buat duet nmpk? C0py paste ni..

  15. Smua lwk dh baca...bila dh brulang ulang kali,lama2 jadi bosn!!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails