Assalamualaikum….pakcik makcik dah mencekik ke belom…hahaha…amboi kuang ajor aku ni….huuhu…sory…wah, lepas gian sat naa nak updated blog ni…Ehem, sound check..sound check…1 2 3 go…okeh, kali ni aku updated pasal bola…lama dah xciter pasal sukan ni…haaa…kali ni aku nak rebiu shikit pasal UCL Quarter Final Draw…Fulamak,…sengit kencang panas abis wa cakap sama lu…mungkin masa aku post entri ni pun suma peminat2 bola seantero dunia telah tahu. Aku just nak rebiu dengan gaya ku tersendiri mengenai competition berprestij ini. Sebelum tu aku kasi tau la skit lawan masing2 kan..an..an..an…first, Arsenal vs Barcelona (manthop ni…wajib tonton)…Inter vs CSKA Moscow…pastu, Bayern vs Man U dan akhir shekali pertembungan sesama French Club…Lyon vs Bordeaux…ok, dah tau sapa lawan sapa…jom aku ulas pulak setiap match tersebut…
Sambil baca sambil dongar UCL Anthem…baru feel
1. Arsenal VS Barca
Aku anggap clash antara kedua2 kelab feberet aku ni sbg pertembungan adik beradik. Abangnya ialah Barca dan Arsenal sebaliknya lah…apa lagi pilihan yg ada selain adik kan. Fuh, match ni juga diibarat ulangan pentas final musim 2005/2006 yg dimenangi Barca 2-1…kenapa aku kata pertembungan adik beradik…haa, sebab musababnya ialah point utamanya gaya permainan Arsenal dan Barca hampir sama sbb tu aku suka depa…hahaha…
Depa main beauty football beb…pass2..control ball..passing2..hold bola bawak sampai penalty box…tupp2 goal…apa org kata..emm, permainan yg menghiburkan…ini juga di akui oleh Leo Messi, aku baca articel kat Goal.com…dan antara yang menarik, King14…legend Arsenal…Thiery Henry (abg angkat aku) hahaha….akan kembali ke North London…dia cakap sebolehnya dia xnak jumpa Arsenal yg sgt disayanginya sehingga buat statement sanggup jadi waterboy hanya untuk kembali ke Arsenal…hahaha…tapi, sebaliknya berlaku…Arsenal ada Captain Cesc ‘Fabulous’…Barca ada Messi…
David Miles, Arsenal secretary, tells the press in the media gallery, "It's a tough draw, and these will be interesting matches. Barcelona are up there as favourites, but we definiely have a chance."
Dalam perlawanan terakhir di final aritu, Sup Sol Campbell skor sejibik utk opening score dan sbg cederamata..dan sekali lagi dia boleh di beri peluang untuk cetak gol sekali lagi setelah bermain semula untuk Arsenal season nih…Barca lawan Arsenal..owh mak aih…den xsobar rasonyo nak tgk game ni…selaku kipas susah mati Arsenal dan kipas kengkadang mati kengkadang idup (jiwa aku lebih ke EPL) , Barcelona mustiii tengok bhai…hahaha…nak analysis yg profesional punyer…jenguk sini…Aku sokong kedua2 team tapi more to Arsenal…misi membalas dendam. Once We Are Gunners, Always be A Gunners…
2. Inter Milan VS CSKA Moscow
Dalam pertembungan ini, aku pikir CSKA sebagai team ‘bawahanjing’…bila dibandingkan permainan dan para pemain antara kedua2 pasukan…ada ciri2 tersendiri…Inter mmg gah dengan pemain2 berbintang bagai dan juga coach da spesel one Mou tu, boleh dianggap feberet untuk melunyaikan CSKA…tetapi bak kata Hasbullah Awang, bola itu bulat…apa2 boleh terjadi…Inter, dalam game terakhir menentang Chelsea (aku xtgk pun)..diorang cakap, defend diorang cekang abis…seperti Lucio dan geng2 dia la…so, CSKA perlu mencari tonik untuk tembus defend Inter.
Aku cukup tertarik bintang Asia terbaru, Keisuke Boon Siew Honda…yg bermain utk CSKA…ada artikel mengatakan, Jepun perlu melupakan Nakamura buat seketika kerna si Honda ni…hahaha..sampai ke situ…tapi jauh di sudut hati ku ini..cewah…aku mau tgk CSKA mara…paling busuk pun bagi tentangan sengit…jgn kasi Inter menang mudah…hahaha…for more info jenguk sini gak
3. Bayern VS Man U
Mereka ni dah kerap kali bertembung…yg paling menarik sekali final musim 1999 dengan gol lewat Ole Gunnar Solskjaer untuk memenangi UCL tahun tu…
Manchester United's executive David Gill:
"It's very exciting to face Bayern Munich again. We have good memories of the heroic final against Bayern in the late 90s. Were we afraid of Barcelona? No - all the teams remaining in the competition have great players, including Bayern."
Dengan prestasi Wan Roni (Rooney la tu) yg tengah mencucuk tu, dan juga semangat the Bavarian Bayern yg xmudah mengalah (comeback spirit time lawan Fiorentina)..aku dapat rasakan permainan yang amat sengit…tapi kali ini aku bajet Man U mara apabila tengok current performance kat EPL…tapi ini pula kata dari pihak Bayern..klik sini. Harus diingat juga, Bayern tengah Top Bundesliga…
Pemain yg perlu diperhatikan ialah Rooney dengan Robben…masing2 botak jendul…hahaha…kelibat2 diorang harus diteliti dari setiap sudut. Rooney dengan kepantasan, posisi terbaik dan header mengancam walaupun xberapa nak cukup inci…Robben dengan kelebihan set piece dan speed dia…tua2 pun speed xnak kalah lagi..makan biawak cam Watson Nyambek ke…hahaha
4. Lyon VS Bordeaux
Match ini aku anggap sebagai biasa kerna apa kerna tiap2 tahun depa lawan…ye la…dua2 dr France kan…main plak liga sama…Ligue 1…tapi aku rebiu jugak lah..hahaha…Lyon gah dengan berjaya menewaskan Da Gelaktikus Real Madrid yg dibanjiri dgn pemain2 handalan seperti Ronaldo, Higuain, Casillas dan lain2 lagi…nak list suma bila nak abis…hahhaaha…Pemain Lyon yg perlu di usha…bintang muda mereka…Miralem Pjanic…aku tgk mamat ni kecik molek kurus kering macam aku jer…jap…emm, dia up skit kot…hahaha…tapi bukan itu yg perlu usha…permainan dia..tgklah bila dia score kemenangan lawan Real…Defend diorang plak, Cris mmg terbaik dia ni…game last great performance mengikut pakar analisis la…
Bordeaux plak…aku tengok permainan diorang mmg mantap…Dengan Gourcuff sebagai perancang tengah dan penyudah tajam dari Chamakh…Defend yg diketuai oleh Ciani…aku kagum gol Ciani time group stage lawan apa ntah aku lupa…dia lompat sambil menguis ke belakang kakinya untuk skor…korang paham x?..xpaham lantak la..hahaha…
Aku bajet Bordeaux aka Bodor ni layak seterusnya. Nak analisis yg lebih manthop…singgah sini plak
Ok, setakat di sini saja pertemuan kita. Perlawanan peringkat suku akhir akan berlangsung pada March 30-31, second leg plak April 6-7. So, set jam tidur korang dan bercekang mata lah sesama kita yer…hahaha…Amacam rebiu dan ulasan aku, agak2 boleh jadi pengarang sukan Harian Metro x?…muahahaha…
p/s : Ulasan di atas tu suma mai dari pale otak aku…mengikut firasat aku jer…lantak korang lah nak baca ke x…janji aku happy…hahaha…tapi tolong la baca sampai abis weh…penat dowh taip2 hantar ni…ahaks..Wokeh, wa cau dulu..Salam.
dengar cerita dia memang saja buat draw macam ni sebab banyak masyuk..
time quarter dah best..confirm penuh stadium..
anyway, go go gunners!
budakhitam
March 20, 2010 at 2:00 PM
@budakhitam
...oh ya ka...hahaha...yeah..go gunners go
Unknown
March 20, 2010 at 2:29 PM
malam ni man u n liverpooolllllll.
go m u~
miss lolly a.k.a luvfareda
March 21, 2010 at 9:05 PM
aku harap arsenal menang, walaupun tough sangat cabaran ni. messi tengah top form skang..
ParkAir
March 23, 2010 at 10:54 AM
@ParkAir
....emm, mudah mudahan camtu la...Arsenal mesti marii
Unknown
March 23, 2010 at 12:25 PM