Watikah Ku Di Hari Konbokesyuennn...

Hensem tak gua?...hah ha


*clap clap clap<--org rmi bertepuk setelah gua naik pentas

Bismilillahirahmanirahim. Assalamualaikum semua. (sambil betulkan position mic) Pertamanya gua bersyukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah akhirnya gua dinobatkan selaku graduan Sarjana Muda dengan Kepujian kate ko haa, secara rasminya pada tanggal 20 purnama 5 tahun 2011. Walaupun gua tak de la cemerlang sangat tapi ia tetap satu pencapaian yang terbaek dapat gua lakukan.


UiTM Di Hatiku, slogan yang begitu sinonim dengan pelajar2 UiTM walaupun kadang2nya gua kutuk jugak UiTM ni..hah ha, nobody perfect yoww...stendet ar derr. Akan ku kenang jasa dan pengorbanan semua warga UiTM dari Canselor, Vive Canselor, para pensyarah, pak dan mak gad yang selalu bagi 'surat cinta' dekat student, makcik2 cleaner, makcik2 kafe, akak lab komputer, abang lab, abang library yang xpernah gua pinjam buku kat sana, masuk sekadar nak usha aweks2 study jer...hah ha..dan lain-lain (penat ar nak listkan semua)

Dan paling penting, jasa dan pengorbanan yang tak dapat gua balas ialah Ummi dan Abah gua serta family. Mereka lah yang menjadi watak utama dalam pembentukan insaniah seseorang manusia. Berdirinya saya di sini...eh over pulak, I'm sorry :D Ummi, Abah...I Love You So Much and Thanks For Everythings. Muaaaahhhh!! Peluk ketat-ketat (tahan..tahan..jgn nanges, laki nanges tak macho)


Tak lupa juga, makhluk2 Allah yang berada di sekeliling gua...Best Frenz, Sahabat Handai, Kawan2, Rakan Sekerja, Housemates, Sleeping partner, Rakan sekelas, rakan blog, rakan dunia maya, rakan cop, adek2 manis, aweks2, chikaro2, para peminat saya (luvyouall), Lisa Surihani, Megan Fox, Justin Bibir (oh demmit..hah ha) dan mana-mana yg mengenali diri gua secara live atau delay...tanpa korang gua tak mampu menempuhi liku2 kehidupan yang penuh pancaroba ini. Thanks dude!


Nampaknya masa pun jeles ngan kitew...apa kata gua labuhkan watikah gua sempena Istiadat Konvokesyen ke 74, UiTM ni dengan ucapan ribuan terima kasih dan ingatlah orang yang tersayang. Bye bye. Wassalam. Peace No War!

*gua turun dari pentas dengan iringan lagu berserta tepukan gemuruh audiences


Kalau La Kerja Gua Heaven Macam Ni...

Gambar sekadar hiasan-hepi besday yer Lisa yg ke 25..hikhik

Teet truut teet truut, bunyi alarm henpon gua yg ade torchlight tu...korang ade tak..heh he..tak de leteww!. Alaa baru 6 30 brooo...subuh lambat lagi abes, lepak lu derr, bisik syaitonirajim. Gua pun snooze, teet. 10 menit kemudian...teet truut teet truut...berbunyi lagi...tapi kali ni gua berjaya bangkit...ropenya masih ada sisa-sisa iman di dada...hah ha..bergurau. "tengah solat subuh"...

Dalam agreement sign contract keje gua, tertera masuk kerja jam 9.00 pagi dan abes 6.00 petang..tapi itu opis kan bos..klu kat site, pukul 10 tak kesah kan kan kan...pleeaaassseeeee >_<...ok, gua tido balik lepas subuh...lambat lagi nak masuk kerja. Tido tido dan tido...bangun pukul 9.00 plak..huh..heaven2..pastu bersiap mandi bagai semua...jam dinding kul 9.15 pagi plak aih...(5 menit termenung depan pintu toilet dulu) gua apa lagi bergegas ke "tenggiling" kapchai gua..dan merempit la derr..apa lagi..

Tengah elok-elok layan rempit, tiba-tiba...ada bunyi..kreeek..kruuuk...gua suspek engin nak blow..ropenya..perut gua yang tak bekfes lagi...hoi, tak kan nak makan habuk jalan je ni..dan tidak semena-mena, gua nampak satu huruf M besar dari jauh...hehehe...apa kata kita bekfes kat situ ye pewot..alololololo comelnya...hahaha..giler.

Parking motor dan tengok side mirror...pesen rambut..ok dah cun...masuk dalam..oh tak ramai mana orang bekfes kat sini...

Macam biasa, nak makan kena beratur..time ni la gua teringat zaman sekolah dulu..makan kat dewan makan..hahaha. Ada dua kaunter bukak, kaunter 1..akak dan customer sorang. Kaunter 2, aaaaawek dan customer 2 orang. Hehehe...demi awek punya pasal...gua pergi kaunter 2...ehehehe. Akan tetapi, tetiba akak kaunter 1 panggil, "Encik, boleh ke kaunter sini (sambil tunjuk dengan ibu jarinya). Gua tegar nak kaunter 2 jugak, tetapi akak kaunter 1 senyum dan ibujarinya sekali..."Encik"..gua toleh belakang, alamak takde orang dah ke...haraaaammmmmmmm!!!...kena pergi sebelah jugak..haish! sabo je la...T_T



First time woo gua bekfes tempat cenggini...gua order dengan akak tu, nak yang W1 ye..sambil dongak kat menu kat atas...tapi bekfes ni tak berseri la..mana awek-awek mekdi ni..bukan ke selalu aweks-aweks suka main Wai Fai kat sini...ah, tak leh cuci mata plak...hah ha keji2...makan punya makan, eh eh..dah 9 45 pagi la...kerja-kerja...mengular je pandai..hah ha...

Kalau la macam ni tiap-tiap hari sampai aku pencen..tak ke heaven...pergi kerja pukul 10..balik plak 5 petang..ohoiiii...best2...haha..tapi jangan kantoi ngan bos sudeh...takpe takpe, tugasan yang diamanahkan ditanggung beres..walaupun mengular yang banyak...ekekeke...ok bye.

Moral of the story : Sebelum pergi kerja, jangan lupa bekfes dulu demi kesejahteraan kualiti kerja.

Hanya Amri Yahyah Mengenal Van der Sar


Assalamualaikum waroh matullahiwabarokatuh. Ambo nok ngepek ni, klu dop ngepek dop jadi, koho berat. Ambo beraso duwa bena2 loni, bakpo gak kaloh semache bilo lawe Manyur tu. HasseWe Ngoh (arsene wenger) ni, demo wak gapo gak boh...haih, lemoh semangat ambo jah. Tapi gak nok buat guano, mugo ho lah..Manyur tu lebih bijok dari sek2 kito..ambo keno ngaku guano2 pun..walaupun ambo sokong team Arsenal. Haish...ngeluh2 kawe tengok game semale tuh..Pah gak, nate Van der Sar ni, demo make gapo gak jadi biso igat bola lagu tuh...acu lepah gak sebutir..line sket hati ambo neh klu buleh gol cederomato..hmmm...male sunggoh nah. Tok ke demo buleh aloh ko Amri Yahyah jah wey abe mat van der sar..hahahaha..gurau boh.


Beraso nyekit2 ni ditamboh pulok TRW kaloh nga Pehe...hok aloh laaa, rekod tanpo kaloh xdop doh eh. Guano kiro sek2 Kelate weeeehhhh...hmmm...soba jo la..Pade ar setakat ni nok ngepek, ambo tengoh mood tekke nok mapuh ni, kang ambo makang orang kang..bakpe pulok bahang kut teganu ni...hahaha...berat nanang. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum waroh matullahi wabarokatuh.

Pahang 2-0 TRW
Manyur 2-0 Arsenal

Parok2..jeng kok o team2 ambo nih

Kerja Kosong di ZTE (M) Sdn Bhd



Account Manager (2 vacancies)

Terminal Product Sales Manager (1 vacancy)

IP Core Network Engineer (1 vacancy)

Account Assistant (1 vacancy)

p/s: Adakah anda berminat dan sebarang pertanyaan, sila nyatakan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Hai Awak!!


Gambar sekadar hiasan

Assalamulaikum dan Salam Hujung Minggu. Agak lama kita tak berjumpa ya. Hahaha. Sebenarnya, gua tak ada idea sangat nak berceloteh kat sini...hmmm...tak tahu kenapa, sekarang cukup susah untuk idea singgah ke mari dalam kepala otak gua ni...haish. Kalau dulu-dulu, masa mula main blog ni...macam-macam hal gua boleh karang. Sampai nyaris-nyaris gua nak kena sembelit pun gua nak buat entri jugak. Tapi itu dulu la kan, korang tengok lah entri gua semenjak duamenjak, tiga menjak..eh berapa banyak menjak daa..xde la happening sangatkan. 


Oleh kerana tak ada idea, makanya gua nak buat entri karutan je la kan..boleh je kan...daripada tak ada pengupdatedan langsung..umaing aih..rosak Melayu jadinya..muahahaha. Tapi realitinya, nak mengarut ni pun kena memikior jugak kan..adeh...tu la orang kata, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..erk!?..ada kena mengena ke pepatah tu haaa...ah lantak lah, ini blog gua..ada gua kesah..Mak Esah yang jual nasi lemak tepi jalan tu pun tak kesah...so what?!..ok sah-sah gua mengarut.


Sebenarnya gua feeling emosi sedih bagai ni (tetiba tukar mode sedih), ni gua nak cerita la kan...laptop gua tu, haish...kenapa la masa gua kesempitan wang ni, mamat tu nak meragam buat hal..eh tak ada hari lain ke...tunggu la bulan depan ke, tahun depan ke...haih, menyusahkan gua je. Ada ke patut, dia boleh rosak...skrin pulak tuh...eh, gua tak paham betoi la..selama ni gua belai, gua jaga...boleh plak dia nak songlap pitih gua semata-mata nak bagi dia elok balik...haih, dunia-dunia..kenapa lu begitu kejam..nak sangat dia jadi camtu, gua sumbat dia dalam almari diam-diam..baru ada akai...tunggu la bulan depan, nanti gua berkira-kira nak baiki ke tak...mau 4 ratus lebih jugak tu...mak aih!! T_T


Itulah dugaan namanya, hidup ni kalau semua nak meriah, semua nak senang...tak ada nikmatnya hidup itu. Orang kata, hidup penuh dengan warna-warni. Baru lah syioookkk kan. Ini, semua nak, semua mintak, semua dapat...memang la, semua orang kepingin begitu malah gua sendiri pun. Tapi kita harus ingat, sesuatu yang kita miliki itu bukannya hak milik kita. Kalau Allah nak tarik balik, kita tak boleh berbuat apa-apa. 


Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita sudah miliki sekarang supaya nikmat-nikmat tersebut tidak ditarik oleh Maha Pencipta kita. Dan jika Allah tarik jua, redha dan muhasabah lah diri kita...fikirlah mengapa Dia menarik nikmat itu. 


Sekian, terima kasih kerna sudi terima karutan gua. Hah ha. Adios.



Video Raja Lawak Musim Ke 5 Minggu Ke 4

raja lawak 5 (kopi o)

Gelanggang Raja Lawak sampai ke minggu ke 4, seperti diketahui kumpulan Kopi O telah terkeluar untuk minggu ke 4 ini. Jom, saksikan persembahan mereka serta peserta-peserta yang lain di bawah (video YouTube). 

Berkat Usaha, Doa Serta Kesabaran

usaha, doa dan kesabaran

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Alhamdulillah, ucapan yang mesti dilafazkan apabila kita mendapat sesuatu perkhabaran yang gembira. Hari ini, aku bersyukur ke Maha Pencipta kerna aku mendapat khabar yang gembira. Seperti tajuk entri ini, berkat usaha (walaupun tidak seberapa), iringan doa serta tahap kesabaran yang tinggi (bajet la tinggi..ahaks), akhirnya aku dikurniakan seorang cahaya mata..jeng jeng jeng bergurau…hah ha, aku dah dapat offer kerja daa. Peristiwa ini berlaku selepas aku meluahkan perasaan dalam blog ni sebab dah tak ada duit kat entri ini, pagi hari dalam pukul 11 am aku check email, rutin harian aku la ni.

Diriku Tertekan, Siapa Yang Dapat Membantu?

hidupku tertekan - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah, hari ini aku masih dapat menghirup udara walaupun isi kandungannya tidaklah berapa sihat di zaman moden ini. Aku masih hidup, hidup untuk meneruskan perjalanan yang penuh liku, dirundum pelbagai masalah yang tak boleh salahkan sesiapa hanya salahkan diri sendiri. Kerana apa?! kerana Allah telah berpesan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib hambaNya, melainkan hambaNya itu yang mengubahnya sendiri. Dalam erti kata yang lain, berusaha. Aku sudah berusaha tetapi tidak secara sebaik mungkin atau dengan bersungguh-sungguh menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi kini terus membelenggu kehidapan aku. Cukuplah mukadimmahnya di sini, kenapa kenapa kenapa aku tertekan? Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan hidup tertekan tetapi hanya satu dua sahaja yang aku mahu kongsikan.

Video Raja Lawak Musim Ke 5 Minggu Ke 3

raja lawak 5

Kepada sesiapa yang terlepas pandang rancangan realiti Astro Raja Lawak Musim ke 5 untuk minggu ketiga, jangan risau kerana Ichigo Miro dapat membantu permasalahan korang..hik3…Jom tonton video-video Gelanggang Raja Lawak Musim Ke 5 Minggu Ke 3, di mana?!…haaa, sila tekan link di bawah ini…wokeh, sekian, Wassalam.

 

Video Astro Gelanggang Raja Lawak Musim ke 5 Minggu ke 3

Tottenham Hotspurs VS Manchester United Live Streaming

Tottenham Hotspurs VS Manchester United Live Streaming

English Premier League Super Sunday Big Match : Tottenham Hotspurs VS Manchester United

Watch Free Live Streaming Here

Liverpool VS Everton Live Streaming 16 January 2010

Liverpool VS Everton Live Streaming

Who want to watch Merseyside Derby game tonight live on internet? Come here to papa. Haha! Please click link below.

. Liverpool VS Everton Live Streaming 16 January 2010

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

giveaway

Assalamualaikum dan Salam Satu Sejahtera. Haa, ni first time gua join acara GA dalam blog ni..hahaha..sebab tak tau nak update apa..so join benda ni je la. Apa?!..nak join jugak ke..mai la..Syarat-syarat gua copy paste je ni..haa…sila read more yer…

Raja Lawak Musim Ke-5, Makanya Malam Ini Mereka Buka Gelanggang

Astro Raja Lawak Musim ke 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera hendaknya. Hahahahaha…lawak-lawak, taip LAWAK <jarak> MIRO ke 32999…hahahaha…bergurau. Wokeh, program realiti yang mencari makhluk tuhan yang bernama manusia yang bisa buat orang geli ketiak, tumit, lutut, usus kecil dan segala pancaindera yang ada akan beraksi tepat 9 malam ini, di Saluran Astro Prima..I Feel Gewddd..halamak.. salah tagline..ampun pak astro ampun..=). Gua kasi up program ini sebab musababnya adalah gua memang layan walaupun bermula dengan musim ke 4..musim sebelum ini gua tak terdedah lagi dengan program sebegini. Siapa pulak peserta-pesertanya, ayuh kita terjahhhh….

Photo Pilihan – Kekasih Baru Fasha Sandha

 

11342307

Fasha…Pak Pie…Cowii..bergurau…jangan marah naa…hikhikhik

Related Posts with Thumbnails