Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baiklah, tugasan dari Digi diteruskan lagi dengan review yang kedua. Review kali ini adalah mengenai sedikit specs Blackberry Curve 3G 9300, aku pun bukan pandai sangat nak review ni. Setelah seminggu guna handphone ni, memang sangat best, excited dan lain dari yang lain dengan handphone lama aku (N-Gage QD). Untuk review pertama, aku just buat video unboxing.
Apa yang menarik (pendapat aku) tentang kualiti screen display (manthop!!), optical trackpad yang sempoi dan kualiti sound system yang ada pada handphone BB Curve 9300 ini. Trackpad fungsinya sebagai navigation seperti touchpad pada laptop. Mengenai keypad pula, aku sedikit tak berkenan sebab menyebabkan aku kekok dan terpeleok jari jemari aku untuk taip. Tetapi, bila sudah lama guna mungkin ia akan jadi biasa. Ada banyak shortkey untuk smartphone ni dan yang paling penting ialah lock keypad, hanya hold button star (*).
Smartphone ini, warnanya pula adalah terang lagi bersuluh warna hitam dan silver metallic. Dimensionnya pula ada dalam gambar di atas dan dari segi berat pula hanya 135 gram sahaja. Sungguh ringan berbanding dengan smartphone yang lain bagi aku la. Kalau nak challenge pun iPhone maybe. Sehinggakan aku tak terasa ada handphone dalam poket aku bila aku membawanya keluar ke mana-mana. Hahaha!
Okay, bab kamera pula..emmm, sedikit kecewa lah sebab hanya 2 megapiksel aje. Korang faham-faham lah macam mana kualiti gambar kan. Tapi, kalau gambar cukup pencahayaan, kualiti gambar dia not bad la…kalau kita tengok hasil gambar tu dalam handphone ni okay sebab dia punya skrin kualiti mantap, tapi kalau kita tengok melalui komputer, akan nampak kekurangannya. Tidak mengapa, daripada tidak ada kamera langsung kan seperti handphone lama kau tu..hihihihi. Untuk review pasal kamera, nantikan episod akan datang…ahaks!!…macam drama 500 episod pulak…hah ha.
Dan akhir sekali untuk review ini, smartphone ini dilengkapi Media Button yang agak user friendly. Ada 3 button di bahagian atas, Play/Pause, Forward dan Backward. Untuk button Play/Pause selain fungsi asalnya, ia juga berfungsi sebagai shortcut key untuk ke bahagian media seperti picture, video, music, ringtones dan lain-lain lagi. Dan satu lagi, untuk button standby mode atau unlock keypad.
Untuk lain-lain spesifikasi, korang bolehlah tanya sahabat baik kita iaitu Mr Google. Hah ha, senang cerita abis cerita kan…huhuhuu. Okay, setakat ini sahaja review yang kedua. Nantikan yang seterusnya. Sekian terima kasih. Thanks to DiGi kerna bagi peluang guna Smartphone BlackBerry Curve 9300 ini.
@chaon_ir · 750 weeks ago
red ONe 43p · 750 weeks ago
My recent post Gambar yang jarang kita lihat - Pemimpin luar negara II
nash · 750 weeks ago
mesti pasni leh menang n dapat hadiah dr DG kan?
gud luck2.....leh pasnie bagi aku smartphone sebijik! hahaha
My recent post Apa itu Anak Ikan dan Anak Ayam
TianChad · 750 weeks ago
All the best!
chanikacha 95p · 671 weeks ago
My recent post הנחיית הורים
Hussain Ali Shah · 533 weeks ago
My recent post Nova Launcher Prime APK Download Latest Version 3.3 for android