Review #1: DiGi Smartphone BB Curve 9300 Unboxing

BB Curve 9300

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian. Wokeh, sudah tiba masanya untuk aku menjalankan tugas yang di amanahkan oleh DiGi untuk review salah satu smartphone yang wujud dimuka bumi ini. Aku ditugaskan untuk berbuat sedemikian rupa adalah ketika aku menghadiri dinner DiGi Angles Internet Gathering di Grand Modesto, KL jumaat lalu. Aku adalah salah seorang shorlisted untuk memenangi iPhone 4 tetapi rezeki bukan pada ku, orang lain yang dapat.

 

Review untuk pertama kalinya ini, aku just nak tunjukkan video unboxing. Video ni aku buat sendiri arr bukan cilok kat tiubkau ke mana-mana website video. Hah ha. Jom tonton video di bawah ini.

 

Aku diberi secara PERCUMA selama 2 minggu untuk review BlackBerry Curve 9300. Pihak DiGi membekalkan aku dengan sekotak BB itu yang cukup lengkap bagai dengan equipments seperti bateri, charger, USB cable dan sebagainya serta sekeping SIM kad dari DiGi.

 

First impression aku terhadap BB ni, COOL bro!!!  Nantikan review aku yang lain dalam entri yang akan datang. Ini baru sikit kan, baru unboxing je. Ok, see ya next time. Salam.

Related Posts with Thumbnails