Happy Birthday My Sweet Heart >_<

Happy Birthday Miro CornerZ

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. 1,2,3….Happy birthday to you…happy birthday to you…happy birth..eh asyik omputih je..Melayu la plak kan…semula, 1, 2, 3…Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan Blog Miro CornerZ, Allah selamatkan kamu. Hooraayyyy. Selamat Ulang Tahun yang pertama buat blogku yang tersayang. Ahaks.

Hari ini 4 Nov, genap satu tahun aku dalam kancah pembloggan ini, (adeh, rosak bahasa betol…hah ha). Dan setahun itu berlalu dengan begitu pantas tuntas sekali, aku terasa bagaikan aku masih baru semalam je buat blog, buat entri pertama dan register Nuffnang. Blog Miro CornerZ ni banyak berjasa kepada aku. Kebanyakkan adalah jasa yang indah dan baik. 

Dengan blog ini, aku dapat kawan baru, kawan alam maya mahupun realiti. Dengan events seperti gathering, aku dapat jumpa blogger-blogger yang hebat-hebat belaka. Antara entri yang menjadi kehangatan ialah entri pasal Lisa Surihani, chikaro gua. Ihiks. Tapi gua tak pandang mana dah si Lisa tu, sebab gua dah ada yang lagi marbeles dari dia..heh he >_<. Siapa beliau?..jeng3..rahsiaaaa.


 blog1 

Dan juga, aku dapat merasa pelbagai hadiah dengan menyertai contests blog. Bagi sesetengah blogger, mereka menjana pendapatan yang lumayan. Tapi aku, hanya sekadar sampingan je pendapatan blog itu. Kadang-kadang aku masih tidak percaya bahawasanya aku ni seorang blogger walhal, ilmu penulisan aku ni memang hampeh dan tak best langsungkan. Tapi, itu bukan masalahnya. Blog kita, stail kita la kan. huhuhuhu.

 blog 2


Korang nak tau macam mana aku bermula jadi blogger, haaa (gaya Ady Junaidi dalam Diva@1)…jom kita tengok..tengok je ke…baca ar sekali naa..dalam entri spesel aku sempena entri ke 100. Korang bacalah…segala hikayat, susur galur sejarah bagai semua ada dalam entri tu.


Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada readers aku terutamanya walaupun hanya secebis sahaja, aku tetap menghargai korang, kawan-kawan blog, GengBlogger, Nuffnang dan blog-blog seantero dunia yang banyak membantu blog aku sehingga hari ini. Terima Kasih kalian, tanpa korang siapalah Miro CornerZ ini. Ok, sekain dahulu ucapan saya…ok salah lagi, sekian dahulu ucapan saya. Wabillahitaufiq wal hidayah. Assalamualaikum wbt.

Related Posts with Thumbnails