We are the champion..we are the champion…my friends…(background sound).
Assalamualaikum dan salam sejahtera…syukur ke hadrat ilahi kerana saya diberikan peluang untuk memberikan sedikit ucapan di atas kemenangan saya…berduduknya saya di sini adalah bukannya untuk mempromosi kerepek ubi pedas cap Cikgu Rahimah dan suami atau mengadakan ceramah bisnes MLM..akan tetapi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu cik TTT dengan blognya PortTuanTanah, para juri yang mengadili peraduan ini, mak ayah, adik beradik, itik lembu ayam kambing kat kampung nun jauh di sana, para penyokong saya, Miroxians Fan Club dan para peserta yang lain yang memeriahkan suasana contest ini…
Saya sungguh gembira kerana buat pertama kalinya saya menang dalam suatu pertandingan. Kalau diikutkan saya ni boleh dianggap ‘loser’ dalam bab peraduan ni. Dan ini rasanya kemenangan pertama saya seumur hidup saya (dapat hadiah utama la sbb hadiah cederamata pernah dapat la..ahaks).
Pada mulanya tidak menyangka untuk menang sebab banyak lagi peserta2 yang layak. Tapi apakan daya, sudah menjadi rezeki saya…Syukur Alhamdulillah (sila baca gaya Mak Cik Iklan Hai-O)…Ok, itu saja lah ucapan saya…saya nampak para penonton pun semua macam gelisah semacam jer sebab ucapan yang panjang lebar saya ini. Untuk itu saya mengundur diri dahulu. Sekian Terima Kasih. (clap3..para penonton bertepuk tangan)
p/s : untuk lihat keputusan itu sila singgah di sini. Tahniah juga untuk Si Kenit yang menang untuk kategori perempuan. Ucapan rasmi kena guna ‘saya’..muahahaha. Next contest bakal dianjurkan oleh TTT…so keep in touch dengan blog PortTuanTanah. Mungkin anda pula pemenangnya.