Waka waka…Its time for Africa….ooooooo…..waving your flag…eh2 sorry2 aku tak perasan ada orang rupanya…huhuhu…biasalah kan tengah semangat World Cup…selepas 3 hari berlangsungnya Piala Dunia Afrika Selatan ni 2010, aku baru terasa bahangnya…kerana apa…kerana perlawanan antara Germany dengan Australia yang berkesudahan 4 gol tanpa balas. Antara penjaring2 nya ialah Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Mueller dan Brazillian born striker, Cacau…
Perlawanan2 sebelum ini seperti Argentina, Ghana, Slovenia dan lain2 tidak sehebat dan sehangat perlawanan awal pagi tadi. Terutamanya perlawanan antara Argentina dan Nigeria yang sungguh membosankan bagi aku kerana aku hampir2 terlena semasa menonton perlawanan tersebut. Memang hampeh..hahaha…Germany menunjukkan taring mereka sebagai antara pasukan pilihan untuk muncul juara. Australia bagaikan kanggaroo yang patah kaki apabila melihat permainan mereka tenggelam dan hanya mempamerkan serangan yang sekali sekali mungkin mencemaskan para pertahanan Germany yang diketuai oleh Philips Lahm dan juga penjaga gawang mereka Neuer.
Tim Cahill dikenakan kad merah disebabkan mengasari pemain Germany
Cacau, penyerang kelahiran brazil yang menjaringkan gol keempat
Selain dari penjaring-penjaring gol yang melakar kejayaan ini, bagi aku ada 2 individu yang wajar di beri kan credit atau penghargaan iaitu Mesut Ozil dan Kapten Philips Lahm. Dua individu ini yang menjadi perancang setiap jaringan yang dihasilkan oleh pasukan Germany.
Podolski dan Mueller yang turut mencetak nama sebagai penjaring
Rating Pemain:
GERMANY (4-2-3-1): Neuer 7; Badstuber 7, Mertesacker 7, Friedrich 7, Lahm 8; Khedira 8, Schweinsteiger 8; Podolski 8 (Martin 81min), Ozil 9 (Gomez 75), Mueller 8; Klose 8 (Cacau 69, 7). Booked: Ozil, Cacao.
AUSTRALIA (4-2-3-1): Schwarzer 6; Chipperfield 5, Neill 6, Moore 5, Wilkshire 5; Grella 5 (Holman 45, 6), Valeri 6; Garcia 5 (Rukavytsya 64, 5), Culona 6, Emerton 6 (Jedinak 75); Cahill 5. Booked: Neill, Moore, Valeri. Sent off: Cahill.
Untuk maklumat yang terperinci, korang boleh ke laman sesawang ini