Tragedi Bermandikan Air Busuk

mission pipe x

Misi : Membebaskan “Mangsa” Terperangkap (Mission Pipe X)

Lokasi : Koordinat 40 Darjah Utara, 108 Darjah Barat, Bawah Bangunan

Masa : 0630 PM

Kekuatan Anggota : 3 Special Agent,

                                - Agent  Charles Karl Micheal

                                - Agent John Casey

                                - Agent Daniel Shaw

Aku sbg Karl Micheal dan dua lagi adalah housemate aku, menjalankan satu misi menyelamat demi kesejahteraan penghuni rumah sewa aku. ‘Mangsa’ yg terperangkap ialah segala sampah2 yg termendap di salam paip saluran air keluar di bilik mandi yang menyebabkan saluran itu tersumbat. Jesteru itu, kami menjalankan satu misi yang bagi aku tidak pernah seumur hidup aku buat misi ini sebab rumah aku kat kg bukan rumah flat..hahahaha

Tanpa melengahkan masa, Agent Shaw telah mengetuai misi ini disebabkan pelbagai teknik telah dibuat untuk membebaskan ‘mangsa2’ tersebut gagal. Antara teknik2 tersebut ialah, tuang air panas (gagal), korek pakai batang besi penyapu (gagal), guna pam pelocok (gagal).

Aku : Apa kata kita letupkan saja guna C4..

Casey : Agent Karl Micheal, siapa jurulatih kamu? Gila punya orang. Itu cari nahas, bukan penyelesai masalah.

 

Jadi, Agent Shaw mengarahkan kami untuk melakukan misi terakhir itu lantas aku dan Agent Casey pun bersetuju Dengan bantuan peralatan khas seperti tukul, skru driver berkepala philips, 2 biji baldi dan batang besi untuk mengorek serta sebuah kerusi plastik.

Agent Shaw : Boys, gear up with our special suit (Seluar pendek dan T Shirt Lama)

Maka, bermulalah misi menyelamat itu. Agent Casey menggunakan peralatan khas beliau iaitu tukul dan skru driver untuk melonggarkan penutup elbow paip saluran itu. Dengan hanya beberapa ketukan, penutup itu longgar dan sekarang tugas aku pula. Aku memutarkan secara perlahan2 penutup tersebut manakala Agent Shaw menadah dengan baldi. Air busuk mula mengalir keluar sehingga ,membasahi sepasang lengan aku dan terus mengalir sehingga masuk ke seluar aku. Oh damn!

Aku : Agent Shaw, get ready…mangsa kita hampir bebas

Agent Shaw : Ok, I’m ready with fully strength..

 

Tiba2, keceburrrrrr…aku tidak dapat menahan lagi asakan mangsa2 untuk keluar dari perangkap itu lalu air busuk itu terus mencurah2 menimpa aku dan Agent Shaw…Yang paling teruk Shaw la…mandi bhai..hahahaha…teruh naik umah mandi wajib terus…aku meneruskan misi menyelamat itu dengan Agent Casey. Akhirnya MISSION ACCOMPLISHED.

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
nasib baik tak guna c4, klu tak satu rumah meletups..haha
My recent post Bateri laptop korang tahan lama ke?
1 reply · active less than 1 minute ago
fuh..mmg nasib baik..hahahaha
My recent post Tragedi Bermandikan Air Busuk
perh.. mengapa bila baca, aku rasa seolah2 aku yang terkena asakan mangsa2 tersebut.. T_T aku geli bai..
1 reply · active 771 weeks ago
eh..kau pulak feeling lelebih..apa citer..hahahahaa
My recent post Tragedi Bermandikan Air Busuk
Mujurlah takda agent yang terkorban
My recent post Masak Nasi goreng ?
1 reply · active 770 weeks ago
emm...syukur alhamdulillah...
My recent post Tragedi Bermandikan Air Busuk
hahaha..kena mandi air minyak wangi ni :D
apsal Agent Walker tak tolong..??
kesian Agent Shaw...
My recent post Post pantas
1 reply · active less than 1 minute ago
hahaha...agent walker ada misi yg lain..xdpt bersama dgn agent shaw..muahahaa

Post a new comment

Comments by

Related Posts with Thumbnails