Assalamualaikum dan salam demam bola…ahaks…tepat jam 10 malam waktu Malaysia, bola yang bulat itu, diberi nama Jabulani bakal ditendang oleh pasukan tuan rumah, South Africa atau lawannya Mexico diiringi alunan merdu wisel dari si pengadil. Maka bermula lah satu fenomena yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak yang terjadi setiap 4 tahun sekali. Persoalannya di sini, pasukan manakah yang mampu bergelar sang juara. Adakah juara bertahan edisi 2006 di Jerman mampu mengekalkan trofi berprestij itu di Rome?…Adakah pasukan ternama lain seperti Brazil, Spain, France, England, Germany dan lain2 lagi menjadi juara untuk edisi 2010 ini?..Siapa?!…
Tapi uniknya aku, dalam setiap kejohanan2 besar seperti ini, aku mahu melihat pasukan kerdil atau ‘bawah anjing’ (underdog) mencipta kejutan. Seperti edisi2 terdahulu, sebagai contoh Korea dan Senegal pada tahun 2002 mencipta sejarah..terutamanya Korea Selatan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir dengan menewaskan pasukan gergasi Eropah, Italy dan Spain.
Untuk edisi 2010 ini, pasukan mana pula yang berjaya menyinar di sebalik bayangan pasukan2 gergasi dunia. Contohnya New Zealand, Honduras dan Korea Utara. Adakah mereka mampu?..Ini yang aku mahu lihat..pasukan2 yang jarang2 masuk ke Piala Dunia. Jadi, aku tidak excited sangat kalau pasukan2 gergasi yang berjaya menjadi sang juara kerna sememangnya diorang layak tetapi jika mereka gagal melepasi peringkat kumpulan..hahahaha…ini ada something wrong dalam pasukan tersebut.
Akan tetapi, bak kata Hasbullah Awang…bola itu bulat, apa2 boleh terjadi. So, aku harap ada pasukan2 kerdil yang berjaya memberi kejutan dan saingan pada edisi kali ini. ok, itu sahaja entri World Cup aku kali ni…korang lepak mana tengok bola…aku kat umah je la sebab dah ada TV..muahahaha..So, selamat menempuhi demam bola sepak….huhuhuhu..sekian terima kasih.
p/s : Kepada superSUB (Subkhidin akan Cikgu Din) kita yg mewakili Malaysia dalam pengadilan..selamat bertugas di sana..Pilihan final aku nanti..gua harap Spain vs Brazil…2 team yang aku minat untuk edisi 2010 ni. Tahun 2006, aku pilih Italy tup2 muncul juara..ahahaha
.