Assalamualaikum dan selamat tongah hari semua…apa khabar semua..sedang buat apa tu?….ke tengah tengok videon ‘panas’ Ariel dan Luna Maya ke?…ish2…aku menyeru diriku dan rakan2…hindari lah diri dari godaan syaiton nil rojim…Aku dah habaq dah, kalau buat entri gossip2 artis ni memang laku…nah yang terbaru kes artis dari seberang ni…dari aku balik kelas dalam kul 10 pagi tadi sehingga aku menulis entri ni…banyak blog yang aku usha berkisah kan isu ini….
Mau lagi advanced, siap bagi link untuk download lagi…tujuan apa dia bagi link tu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu…aku?…hampir2 gak nak klik link tu…
Suara Nafsu: Miro, weh barang baik tuh..tunggu apa lagi..download la…rugi dowh tak tengok…ala bukan apa pun…nak tahu betul ke x je…Ariel ngan Luna Maya ke x..itu jer…
Suara Iman: Wahai Miro, sesungguhnya zina itu adalah dosa besar bagi kamu…takutlah kamu dengan azab seksaan api Neraka kelak…
Mouse cursor aku dah nak klik dah, tapi Alhamdulillah suara iman aku tu berjaya mematahkan suara nafsu aku….fuh, lega..hehehe…betol ni…dosa lain2 dah la banyak, nak tambah2 lagi?…oh tidak…
Apa yang aku nak simpulkan di sini, benar atau tidak isu video klip tersebut…biar pihak berwajib dari Indonesia saja yang uruskan…dia artis, sudah menjadi kebiasaan dengan isu2 sebegini. Buat apa kita nak kisahkan…Tu kat sana, kat Malaysia..toksah crita la..berlambak2..artis?, ahli politik? orang kebanyakan?…emm…dunia2…Daripada kita layan citer2 xberfaedah camni..baik kita fikir pasal isu tindakan kejam Rejim Zionis terhadap Sukarelawan ke Gaza tuh…kan2…
Aku bukan nak salahkan sesiapa, cuma mengingatkan sesama Islam dan sesama manusia, jangan terlalu ambil kisah dengan isu2 seperti ini…xda maknanya…just tahu sekadar benda tu berlaku…xpayah la nak kupas satu persatu, baik tolong mak kupas bawang kat dapur tuh…ahaks..tu je…aku pun bukan baik sangat..tapi sehari demi sehari aku cuba untuk memperbaiki sikap diri…Sekian, terima kasih. Wassalam