Swiss Roll Spaniards, 1 - 0

 SWISS ROLL SPANIARD

Kejutan pertama terbesar setakat ini untuk edisi 2010, Switzerland berjaya menewaskan Juara Eropah 2008, Sepanyol dengan jaringan tunggal oleh pemain tengah Gelson Fernandes. Apa sudah terjadi kepada Sepanyol. Pasukan yang dibarisi pemain-pemain bintang tetapi gagal untuk menyerlah dalam perlawanan pertama untuk mereka. Sepanyol menguasai seluruh permainan tetapi ditewaskan dengan hanya satu gerakan balas atau counter attack dari Switzerland…

 

Penyerang sensasi Spain dan Liverpool, Fernando Torres dimasukkan pada babak kedua pun gagal untuk mencetak gol demi menyelamat maruah pasukannya. Pertahanan Swiss bagaikan pertahanan Inter Milan ketika perlawanan separuh akhir UCL bertemu Barca. David Villa yang baru dibeli oleh Barcelona pun bagaikan hilang punca untuk menerjah jaring. Dia dikawal ketat oleh pertahanan Swiss. Hanya satu rembatan kencang yang dilepaskan oleh Xabi Alonso berjaya mencemaskan pasukan Swiss namun hanya sekadar menggegar tiang

fernandes score

Pasukan pilihan yang dikatakan bakal menjuarai Piala Dunia 2010 ini nampak ada sesuatu yang mengganggu kelancaran permainan mereka. Aku pun tidak pasti, adakah pasukan Swiss yang hebat berjaya mengekang asakan bertali arus Spain atau La Furia Roja yang tidak bermain dengan tahap standard mereka. Aku memilih Spain sebagai salah satu pasukan yang boleh mara ke final stage adalah kerana meminati corak permainan mereka yang mengamalkan permainan serangan yang bagus.

 

Spain perlu mencari penyelesaiannya untuk perlawanan seterusnya jika tidak mahu berputih mata dan dikutuk oleh peminat2 bola sepak dunia. Adakah faktor terlalu ramai pemain bintang untuk gagal menyerlah? Aku rasa tidak juga, cuba tengok Germany dan Brazil. Rata-rata pemain pasukan tersebut dibarisi bintang-bintang terkenal juga tetapi boleh bermain dengan baik. Atau sememangnya badi melekat kat pasukan Spain yang antara pasukan gergasi yang belum mengucup trofi berprestij ini.

 spain vs swiss

Nak kata aku fanatik dengan Spain tidak la jugak sebab aku hanya fanatik dengan Arsenal je..ahahaha. Untuk peringkat international ni aku xda la sangat memilih pasukan untuk menyokong habis-habisan. Pasukan Spain ni antara pasukan yang menarik perhatian aku sebab itu aku sedikit kecewa bila tengok mereka gagal dalam perlawanan semalam. Germany, Brazil, Spain dan Holland adalah 4 pasukan aku untuk wajar layak sebagai juara atau layak ke final. Jika keempat –empat pasukan ini gagal, memang mengecewakan. Bukti Germany dan Holland sudah ada, tunggu dan lihat saja lah pasukan yang lain bagaimana nasib mereka.Sekian, terima kasih.

 

Untuk player rating, korang boleh baca artikel ini

Related Posts with Thumbnails