Contest – Who Will Win FIFA World Cup 2010

      WHO WILL WIN WC 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera..amboi manis sungguh greeting aku…bhahahhaa. Ok, aku baru je tahu ada contest ni. Masa aku mengadakan rombongan Cik Kiah di GengBlogger tu, aku ada terbaca blog sapa ntah aku pun dah hilang akal…hahahaha. Contest ni di anjurkan oleh blog DenaiHati. Ni kiranya contest virus World Cup la senang cerita kan, bukan virus h1n1 da apatah lagi bukan b1n1 (bini)..muahahahaa…tanpa membuang masa lagi jom kita tawaf entri ni..jom3…

 

Sebelum itu aku nak buat pemberitahuan bahawasanya contest ni telah dilanjutkan tarikh expired dia pada 28 – 6 – 2010, jam 11.59 PM. Kalau dah 11.60 PM, penyertaan sudah tidak dikira dan segala surat menyurat tidak akan dilayan. Dan yang paling penting, HADIAHNYA tu bak ang..fuyooooooo…skit lagi..ooooooo…marbeles beb!..RM250 x 4 sedang menunggu kepada yang memilih pasukan yang akan menjuarai Fifa Worldcup 2010. “Saya ada bau duit”, kata Encik Krab pemilik Krusty Krab di Bikini Bottom. Dan syaratnya pula adalah senang iaitu sekadar membuat entri bebas. Mudah bukan?!..so tunggu apa lagi, meh join sekaki ngan aku dan sila rujuk Contest FIFA World Cup 2010 ini di DenaiHati.

 

Pasukan mana menjadi pilihan aku yang bakal bergelar Juara atau Johan atau Winner?…ini yang menjadi persoalannya. Pada mulanya aku memilih pasukan Spain daripada pasukan2 seperti Argentina, Brazil, Holland dan Germany. Akan tetapi, ciri-ciri juara masih tidak nampak pada pasukan Spain selepas perlawanan peringkat kumpulan dan laluan  untuk ke suku akhir juga nampak begitu sukar apabila terpaksa bertempur dengan Portugal yang tidak kurang hebatnya. Oleh itu, antara pasukan2 pilihan aku tadi, aku memilih GERMANY sebagai pasukan sang juara setelah melihat aksi2 memukau setakat ini.

 miroslav

Nama aku ada dalam Miroslav Klose, sebab itu aku memilih no 11…huhuhu..jgn marah aarr

Walaupun ada satu tewas dalam peringkat kumpulan, itu tidak bermakna Germany bukan pasukan yang tidak bagus. Buktinya menang besar dengan Australia dan England. Dari segi taktikal yang dicanang oleh Joachim Löw, ia nampak begitu mantap dengan corak 4-4-1-1 dengan meletakkan Miroslav Klose sebagai Target Man dan dibantu Attacking Mid muda, Mesut Özil yang setakat ini beliau cukup bagus di posisi tersebut. Walaupun ketiadaan Micheal Ballack akibat kecederaan semasa mewakili Chelsea dalam Final Piala FA baru2 ini, Schweinsteiger dan Khedira mampu menggalas posisi yang ditinggalkan Ballack. Senjata mereka adalah counter attack. Memang berbisa senjata ini bagi pasukan Germany.

 joechim lowt

Amacam aku punya entri, ada berciri kebebasan ke atau kebabasan..hahahaha..ok lah, aku dah xtau dah nak kelentong apa lagi, cukuplah setakat ini. Siapa yang berminat masih sempat untuk join sekaki dengan aku. Jika aku memilih Germany, anda pula bagaimana?…ewah2..macam iklan tv pulak dah. Sekian terima kasih. Wassalam.

 germany1 miro cornerzgermany2 miro cornerz

germany3 miro cornerzgermany4 miro cornerz

p/s ; Germany, baik ang menang..klu x naya angpa tau..grrrrrrrr…muahahaha. Das Wunder von Bern, Die Mannschaft. Korang paham2 je la..muahahaha

Related Posts with Thumbnails