Kaedah Rasulullah Mendidik Isteri

 

 

Kaedah Rasulullah mendidik Isteri

bismillah mirocornerz

Assalamualaikum dan Salam Jumaat…Sempena Sayiddul Ayyam atau Penghulu Segala Hari, Jumaat…aku nak berkongsi sedikit informasi agama yang berkaitan khutbah Jumaat di masjid yg aku hadiri hari ini…Tajuk khutbah tersebut ialah Memilih Pasangan Hidup…tajuk ini dipilh dek kerana MAIS mencatatkan aduan kes rumahtangga dari tahun 2000 hingga 2008 di Selangor membimbangkan, bilangannya lebih kurang 80 ribu lebih la…Dengan itu aku buat entri ini, Kaedah Rasulullah Mendidik Isteri…

 

Untuk mu Suami…

  1. Rasulullah SAW bersabda, “Didiklah isterimu dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar. Jika degil pisahkan tempat tidurnya, dan jika degil lagi, pukullah id (pukul yang tidak mencederakan – sebagai syarat sahaja).”

  2. Didik isteri dengan perasaan kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yg pjg.

  3. Tegas dalam melayan kehendak isteri dgn tidak melanggar batas-batas syariat.

  4. Apabila berdepan dgn kerenah isteri, si suami hendaklah sentiasa kreatif, bijak dan sabar semasa bertindak.

  5. Seeloknya ketika isteri sdg marah, berleter, lebih baik berdiam diri dahulu. Marah jgn dihadapi dgn marah. Tetapi berdiam diri bukan bererti mengalah, hanya strategi. Setelah perasaan sudah reda, terpulanglah kpd suami samada utk menjelaskan perkara sebenar atau meminta maaf jika bersalah.

  6. Adakalanya Rasulullah beruzlah (mengasingkan diri) di masjid apabila berhadapan dgn ragam dan kerenah isteri. Pernah Rasulullah mengasingkan diri selama 29 hari.

     

    Seorang suami sepatutnya juga seorang guru kepada isterinya yg mampu memberi ilmu dan mendidik – terutamanya ilmu fardhu ain. Juga menjadi pemimpin yg bijaksana dalam menyelesaikan masalah, melindungi keluarga dan memimpin keluarga ke arah kebahagian, isteri dan anak2 yg soleh serta mendapat keredhaanNya.

     

    Itulah dinamakan Al Jannatul ‘Ajilah – yakni syurga yg disegerakan di dunia sebelum syurga yg kekal abadi di akhirat kelak. 

     

    Bukan senang nak jadi suami ni…Tanggungjawab yg besar, jika salah tadbir keluarga porak peranda jadinya..benda ini yg perlu dielakkan. Dengan info ini, aku harap bakal-bakal suami diluar sana dpt mengamalkan kaedah Rasulullah ini. Aku pun cuba mengamalkan jugalah bila sampai jodoh aku nanti..ahaks…Sekian, Wassalam.

     

    Sabda Rasullullah saw:


    “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”


    :Riwayat Bukhari dan Muslim

     

    Sumber – Risalah Jumaat Masjid As Solihin, Padang Jawa, Shah Alam

    2 Response to "Kaedah Rasulullah Mendidik Isteri"

    1. Kutbah tempat saya mengenai menghormati orang tua...tapi paling menarik, lepas solat jumaat, ada taklimat kaedah pementuang dan menyemak arah qiblat...sume tu saya dah entrikan...hmmm, anyway, good post here...

    Post a Comment

    Related Posts with Thumbnails