Gempar - Superhero Terkenal ‘Kantoi’

 

 

superhero kantoi

<---Klik play utk opening soundtrack

Assalamualaikum dan sari berita utama….Gempar, Superhero Terkenal Kantoi. Amerika Syarikat, para penduduk bandar2 utama di sana digemparkan dengan kes penangkapan 3 Superhero pujaan Amerika Syarikat yang selama ini menjadi ikon rakyat dalam menangani masalah jenayah di bandar2 mereka. Namun, pada kali ini kegiatan2 tidak sihat mereka bertiga akhirnya berjaya di patahkan oleh pihak berkuasa tempatan….KSW ada laporannya…

 

(Di lokasi)

spiderman-arrested 

Di bandar yg cukup terkenal ini, New York City…superhero yang tidak asing lagi, Spiderman terpaksa di tahan oleh anggota2 Majlis Perbandaran New York kerana jumlah denda kes mengotorkan persekitaran bandar New York dengan sawang2 labah2 beliau yang dianggarkan melebihi tahap yg sepatutnya. Jesteru itu, pihak berwajib telah mengadakan operasi besar2 an demi menyelesaikan hutang saman yg tertunggak oleh Spiderman untuk menangkap beliau. Kita bersama Datuk Bandar sekarang..

 

KSW : Datuk boleh perjelaskan sedikit tentang kejadian ini?

Datuk : Terlebih dahulu saya memohon maap di atas segala kesulitan yg menimpa Spiderman, tetapi apakan daya. Beliau telah membuatkan bandar New York ini berada dalam Top 10 Bandar Tersemak Di Dunia. Benda ini kita xboleh di pandang enteng kerana ini melibatkan imej Amerika Syarikat. Kita dah byk kali saman Spiderman, tetapi beliau tidak melunaskan saman2 tersebut dan ini reaksi kita

KSW : Terima Kasih Datuk.

 

++++++++++++++++

superman-arrested

Sekarang saya berada di lokasi kejadian di mana Superman telah ditangkap Polis Trafik Smallville. Di katakan kesnya lebih kurang dengan Spiderman di mana beliau tidak melunaskan saman2 yg dicajkan oleh Polis Trafik kerana Superman telah terbang melebihi had laju yg dibenarkan. Untuk keterangan lanjut kita bersama Sheriff Smallville…

KWS : Bagaimana Sheriff boleh cekup Superman yg memiliki kuasa hebat sebegitu?

Sheriff : Dey, lu tarak tengok citer Superman ka?…Batu Kryptonite la derr…Pihak kita telah menyimpan satu cebisan batu itu demi menjalankan tugas kita. Saya memang bersimpati dgn apa yang menimpa dengan Superman tetapi apakan daya, undang2 tetap undang2…Bukan senang untuk memerangkap Superman ni, harus diingat..emmm

KSW : Terima Kasih Sheriff (berlagak pulak si Sheriff ni)

 

+++++++++++++++

batman-arrested

Gambar di atas pula ialah hasil tangkapan Batman oleh pihak berkuasa tempatan, Gotham City. Ceritanya kerana si Batman ni asyik merayau2 di waktu malam dan menganggu para penduduk dek kerana bunyi bising yg di buat oleh Batman. Kenapa Batman jadi begitu? Untuk suatu kepastian, kita bersama salah seorang penduduk di sini yg mana menangkap gambar di atas iaitu Mr. Brown..

KSW : Apa khabar Mr Brown? Boleh encik perjelaskan isu ini?

Mr Brown : Baik2 aja

KSW : Orang jawa ke?

Mr Brown : Iya, Keturunan sebelah mak nya gitu. Kenapa ngak percaye ke?…Buktinya ni tempe goreng aku kasi kunyah..ahahahaha..kruk3…

KSW : Oh, ok2

Mr Brown : Kisahnya begini ya, sejak kematian pembantunya itu, makanya jiwa jadi tidak ketentuan gitu..apa orang bilang..jiwa kacau…Dengan itu, dia menjadi kutu malam aja…buat2 bising dan macam2 lagi..penduduk sekitar sini ngak tahan lagi kok, makanya kasi report aja..Gitulah serba sedikit ceritanya..

KSW : Ish3…begitu rupanya

 

+++++++++++

Saudara, Sebab pulut santan binasa, sebab mulut juga habis itu pulut. Sepandai2 tupai melompat, pandai lagi Yelena Isinbayeva melompat. (ratu lompat galah dunia) Sekian sahaja dari saya, Keram Shin Walid melaporkan utk Miro TV. Kembali ke Sri Pentas.

 

(Sri Pentas)

Terima Kasih KSW melaporkan berita tergempar ini. Saudara, bola itu bulat, apa2 pun boleh terjadi…Fikir2 kan lah. (Gaya Ismet Amir Berita Dunia Jam 10).

17 Response to "Gempar - Superhero Terkenal ‘Kantoi’"

  1. Apa nak jadi dengan hero-hero zaman sekarang ?

  2. hahahahahaha nice one

  3. hahaha terbaik wooo...teruskan entry berita macam nie..hahaha lawak bro...

  4. idea kreatif.. bila mencurah2.. :)

  5. incik miro ni ley jd wartawan sebenarnye..huhu

  6. @elle.y.n

    ...eh ya ka...jadi cam Karam Singh Walia ke..ahaks

  7. Kesian kat depa..depa takleh buat kerje dengan bebas kan..agak kelakar gak entri hang ni..he..he..thankz sudi lawat n jadi folower lepat..tq

  8. smart style entri ni ditulis..

  9. hahahahha...macam mane la leh kantoi

  10. miahahha..bagus betul liputan si keram shin walid ni buat...mcm ni boleh bungkus karam singh walia...adehh tu gamba2 betul punya ke?

  11. tak guno tol hero sekarang.haha

  12. @cik aiLebiu

    ...ahahaha...Karam hebat lg...tgn dia mahal tu...ahaks..pic tu ambik google jer..edit2 skit

  13. ____00000
    ___0000000__00
    __00000000_0000
    __00000000_0000_00
    ___000000___00_0000
    _______________0000_00
    __0000000000000_00_0000
    _000000000000000___0000
    _00000000000000000__00_00
    _0000000000000000000__0000
    _0000000000000000000__0000
    __0000000000000000000__00
    ___0000000000000000000
    ____000000000000000000
    ____000000000000000000
    ____000000000000000000
    ____00000000000000000
    ____0000000000000000
    ___0000000000000000
    __0000000000000000
    _0000000000000000
    _000000000000000
    _00000000000000
    _0000000000000
    _000000000000
    __0000000000
    ___00000000
    ____000000


    wakakaka.....
    sengal la post ni..tp besh....
    nice sgt...
    kasi jejak kaseh sket..
    =P

  14. hahaha..ak tau nada farid ismeth ulam raja tuh..haha..ko mmg mengong lah miro..aduhh..sengal btol budak nih,,

  15. Informative article, exactly what I needed.

    Stop by my homepage; Online Games

  16. I don't even know the way I ended up right here, however I believed this post was once great. I don't recognise who you might be but definitely you're going to a well-known blogger for those who are not already. Cheers!

    Also visit my web-site :: Free Online Games

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails