Bila Member Berjaya, Aku Tumpang Gembira

 

 

 

gembira miro cornerz

 

 

Salam bahagia semua….di kala aku tengah menaip ini entri, bersuasana kan ribut hujan di luar sana dan ditemani rakan2 seperjuangan yang sibuk dengan hal masing2…ada yang tengah membuta lagi, ada yang dalam tekanan tengah menyiapkan thesis, ada yang baru balik study dengan awek kot sebab masih ada paper yang perlu dijawab, so yang masih ada paper gudluk bro. Dan untuk halwa telinga aku, aku sedang mendengar OST Adamaya – Yang Terindah nyanyian Dakmie, siyes lagu ni masyuk derr…ahahaha…Wokeh, mood nak update blog dah dop mai sikit2, ini je la aku nak update…

 

 

<---Yang Terindah - Dakmie

 

Petang tadi aku baru jer selesai beriadah dengan bermain futsal. Ada orang ajak, aku on jer sebab memang dah lama aku tak berpeluh sakan ni…huhuhuhu….walaupun aku ni kaki bangku tapi kayu bangku ni bukan alang2 tau, kau jati wa cakap lu…ahaks. Tapi aku hanya mampu bertahan 30 minit jer, pancit dowh…substitute jap ambik oksigen balik , dalam 10 minit pastu masuk balik…huh, main xda la sangat…main jadi defender jer…pastu dah xlarat jadi keeper walaupun aku mmg xsuka jadi keeper. Nasib ar aku bolos banyak2…ahahahaaha…dah pancit punya pasal kan…janji aku meriah main futsal…

 

tahniah miro cornerz

 

Tapi, bukan ini yang aku nak highlight…aku nak cerita pasal memember sekuliah aku…maklumlah kan dah last sem, masing2 ada hulu eh silap, hala tuju kan. Aku tanya sorang2 suma kebanyakkan dah dapat kerja…So, aku tumpang gembira la dengan kejayaan rakan2 aku tu…Aku?…terpaksa ‘further study’ lagi satu sem sebab FYP kantoi…adoi, sedihnya dengan nasib ku ni…nak wat camna kan…dah nasib badan….sebanyak mana yang aku usaha, sebanyak tu la aku dapatkan…Ish, bila dah kerja kan, dapat gaji kan, bayar hutang PTPTN kan (jangan buat2 lupa plak eh kawan2 nanti blacklist pulak kan…ahahaha)…bila dah ada duit boleh la ka ka kah winnnn…kahkahkahak…euww, seronoknya dapat kahwin…vuahahaha

 

 

So, kengkawan…aku ucapkan TAHNIAH dan GOODLUCK untuk menempuhi perjuangan di alam pekerjaan pula iya. Aku di sini masih terkapai2 mencari sinar kejayaan yang masih tidak muncul2…huhuhuhu. Kerna kawan2 lah aku boleh meneruskan perjuangan hidupku….tanpa mereka, apalah aku ni kan. Sekarang bila dah terjerumus dalam kancah blog, aku dapat kawan2 blogger kan. Walaupun secara zahirnya aku x mengenali mereka. Wokeh, di sini saja entri aku sekian, terima kasih.

 

*Pic credit to Google

4 Response to "Bila Member Berjaya, Aku Tumpang Gembira"

  1. ada hikmah disebalik kejadian nie semua bro...hehe..apa2 pon hidup mesti diteruskan

  2. kdg2 kawan blog lg best..sembang gune perkataan je..
    (ntah pape yg aku merepek nih)
    goodluck la bro..(kt aku gak)

  3. UuuUu wuarghh.. thesis tak siap lagi.. oOoOoOo.. skodeng.. wakaka... aku nak tgu lepas worldcup dlu la baru nak cari keje.. hahha..

  4. alamak aku lupa PTPTN x bayar lagi!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails