The Special One Win – Inter 3-1 Barca

 

inter-Barcelona-miro cornerz

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersama saya Hasmiro Awang sekali lagi dalam rancangan Arena Miro. Awal pagi tadi, skuad Inter Milan bimbingan Jose ‘The Special One’ Mourinho membenam juara bertahan dan kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona dengan jaringan 3 berbalas satu. Apa yang saya hendak ulas di sini ialah, bagaimana pasukan Inter mengekang asakan dari Barca yang mengamalkan corak attacking dan accurate short passing.

 

 

Dunia sukan bola sepak sudah mengetahui bagaimana corak permainan dari pasukan2 Itali iaitu defensive play. Apa yang saya dapat kaji dari gaya permainan dan taktikal Inter yang diserapkan oleh Mou ialah dengan bermain secara counter attack dan man marking pada masa untuk bertahan. Tengoklah key player Barca, Lionel Messi yang kurang menyerlah pada permainan kali ini. Dengan formasi 4-3-3, Messi bagai di rantai oleh barisan pertahanan Inter. Gerakan2 licik yang cuba dilancarkan agak terbatas dek kerana man marking oleh barisan pertahanan Inter.

 

   Xavi-IntervsBarcaPics

Bila Messi dapat bola, 3 orang player Inter mengepungnya. Walaupun Messi masih boleh melepasi kepungan itu, masih ada lagi pertahanan2 Inter yang bersedia mengekang asakannya. Inter mengamalkan corak flat defensive bila masa bertahan. Dalam mengaturkan  serangan pula, Full Back mereka Maicon dan Zanetti membuat counter dari bahagian flank dengan larian deras dan kelicikan dribble. Perlawanan ini harus berterima kasih kepada Maicon yg beraksi cukup cemerlang sehingga dapat mencetak nama sebagai penjaring gol untuk Inter.

 IbraandMessi-IntervsBarcaPics

 

Tugas Defensive Midfielder dan Center Back Inter ialah menjaga Messi dengan melakukan kepungan 3 penjuru. Ternyata taktik ini menjadi dalam mengekang asakan Barca. Xavi yang memiliki teknik hantaran yang bagus dan tepat pun tidak dapat menggunakan kelebihannya itu kerana corak defensive yang mantap dari Inter. Mengapa Barca boleh bolos 3 jaringan?…Ini kerana kelemahan dan kealpaan barisan pertahanannya. Paling teruk ialah Dani Alves. Gol penyamaan Inter adalah disebabkan Alves yang terlalu ghairah untuk merampas bola dari Milito dan Eto’o sehingga terleka untuk marking Sneijder yang riang ria berlegar di sebelah kanan padang Barca dan Sneijder menghukum kesilapan itu dengan jaringannya.

 

AlvesandPuyol-IntervsBarcaPics 

Tekanan dan tugas berat yang perlu di lakukan oleh Barca untuk second leg ialah mereka perlu mengelakkan bolos lagi di Nou Camp dan sekurang2 nya perlu menjaringkan 2 gol. Mungkin 2 gol itu boleh dilakukan akan tetapi untuk Inter dia hanya perlu bermain more defensive untuk mengekalkan kelebihan gol yang mereka ada tu. Barca perlu mencari tonik baru bagaimana untuk mereka melepasi barisan pertahanan Inter itu. Untuk mengharapkan Messi seorang tidak memadai. Pep Guardiola perlu berfikir strategi dan taktik yang mantap pada second leg nanti.

 

Pique-IntervsBarcaPics

 

Mungkin dengan kelebihan bermain di tempat sendiri akan memberi kemenangan untuk Barca nanti seperti apa yang mereka lakukan ketika bertemu pasukan ‘adik’ mereka, Arsenal tempoh hari. Sekian sahaja ulasan dari saya, masa pun tidak mengizinkan kita lagi. Harus diingat, bola itu bulat…apa2 boleh terjadi. Sekian Terima Kasih.

 

* Pic credit here dan video highlight here

3 Response to "The Special One Win – Inter 3-1 Barca"

  1. bukan kita tengok sesame ka semalam? hahha.. messi 1 - inter 3 ok!! kahkah..

  2. lama dah tak dengar inter milan ni naik. menajadi betul Jose ni.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails