Fuhh…Uhuk2…umph…habuk! bersawang dah blog aku ni…ish2…hey, lipas pun ada gak…ewah2..ni dah melampau…psstt…psstt…nah ambik ko makan Shieldtox aku ni haa…Opss!…terlebih sudah…waaahhh…ada org melawat rupanya…uhuhuhu…Ye Assalamualaikum..ye sedara…insan yg cemerlang datangnya dari akal, jiwa yg bersih hati yg tenang…ye saya percaya ye..sedara adalah insan yg cemerlang itu…alahai, apa jadah aku jadi pakar motibasi plak ni…tp macam boleh pergi jauh jer…ahahaha…Hah!…kali ni aku nak kasi tau sama korang bahagian ke 2 plak…Bahagian pertama dah baca belum…klu belum sila lah tekan sini…huhhu…Jom layennnnn…..
Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus berasa bangga sekejap.
Tahukah anda?..Di negara Norway , terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.
Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.
Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.
Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.
Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak di kepala dengan kadar yang kuat.
Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Duku dan Sukun pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia apatah lagi Kreko memang kompom bukan Cik Kiah oi…
Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.
Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia , beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki Kriss merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.
ahhahaha...
bwu tau..fkta yg menarik =p
Admin St.J
April 10, 2010 at 6:56 PM
@♫JuE+N!Y♫
....ahahaha...menarik kan...
Unknown
April 10, 2010 at 7:49 PM
thanks for sharing the facts.. interesting thing about tom cruise! =)
Ken Wooi
April 11, 2010 at 2:19 AM
hahaha..ni smbgn auta ke tak ni..
adoyaiii
tricksrex
April 11, 2010 at 1:55 PM
@tricksrex
....ahahaha...smbgn nya...
Unknown
April 11, 2010 at 2:14 PM
buruk gila nama sebenar tom cruise
padan la dia tukar
hahaha
Azizuan
April 12, 2010 at 3:30 AM
@Azizuan
....emm, tu la pasal...stendet artis la
Unknown
April 12, 2010 at 10:41 AM
cian encik posmen encem tu >.< hehehe
TTT
April 13, 2010 at 6:40 PM
wah~~ aku xtau ape ko merepek.. tp aku layan je.. haha..gud2..
hamzah ian
April 14, 2010 at 2:43 PM
@kahak cair
....wakakaka...layan jgn xlayan...aku Miro camni la...merepek meraban meroyan merapu...btw, tq sudi layan...kahkahkahaktuih...
Unknown
April 14, 2010 at 3:00 PM
hohohoh~
:pp
rhapsody LiN
May 14, 2010 at 11:15 PM