10 Greatest Ever Weapons (Part 1)

10 greatest ever weapons miro cornerz  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian semua. Kali ini aku hendak berkongsi satu info mengenai senjata-senjata yang terbaik di hasilkan oleh manusia di muka bumi ini. Info ini aku dapat hasil dari tontonan Discovery Channel sewaktu aku bercuti di kampung sebulan yang lalu. Senjata dicipta adalah untuk 2 kegunaan, satunya adalah untuk pertahanan atau perlindungan dan keduanya sebagai serangan balas. Justeru itu, mari kita bersama sama menyelongkar senarai 10 Senjata Terbaik ciptaan manusia….

 

Kita mulakan yang paling dengan yang ke 10 dahulu…

katana miro cornerz

Katana atau pedang samurai jepun. Pedang ini adalah dikatakan pedang paling tajam di dunia dan untuk menggunakannya juga memerlukan teknik-teknik tertentu supaya hasil pemotongannya terbaik. Kalau di Tanah Melayu, ia seperti keris iaitu lambang pahlawan negara manakala di Jepun pula adalah Katana. Mengikut sejarah, Katana dicipta pada zaman Muromachi (1392–1573) bertujuan untuk peperangan pada ketika itu.

walther ppk

Pistol Walther PP Series. Pistol ini cukup terkenal dengan Agent 007, James Bond. Pistol yang kecil dan senang disembunyikan yang mana sangat sesuai kepada seorang spy atau perisik. Mengikut sejarah, ia diciptakan di Germany pada tahun 1929 oleh Carl Walther GmbH Sportwaffen. Selepas itu pistol ini diguna pakai oleh tentera dan polis di Eropah terutamanya Nazi. Adolf Hitler membunuh diri mengunakan pistol ini (Walther PPK). Siri Walther PPK adalah paling terkenal.

VIDEO : 10 GREATEST EVER WEAPONS PART 1

bersambung utk ke part 2…

Related Posts with Thumbnails