Kita Dah Nak Puasa Dah Kan?

Ramadhan - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Sekarang kita berada dalam bulan Sha’ban dan tak lama lagi bulan mulia Ramadhan bakal menjelma. Semua umat Islam diwajibkan berpuasa di siang hari dan diseru mengamalkan ibadat sunat di malam hari. Aku harap Ramadhan aku kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan dipanjangkan umur berjumpa lagi. Entri ini aku kasi up untuk berkongsi pengalaman aku berpuasa ketika di perantauan (ayat bajet nak oversea..hah ha) dan ketika bersama keluarga di kampung…

 

puasa

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

 

Aku dah tak ingat bila aku start puasa penuh tapi zaman kanak-kanak lagi la. Bulan puasa ni selain ibadatnya yang diutamakan, menu untuk berbuka turut tidak kurang meriahnya. Kalau aku berada di kampung bersama keluarga, menu dia tok sah cakap ar…heaven bro. Siap dengan kurma, kuih muih, ayaq. ayam golek..ah macam-macam la. Okay aku dah terliur bila teringat buka puasa kat kampung ni.Ahaks. Lepas berbuka, kalau bapak aku tak ke masjid, kami berjemaah sekeluarga dekat rumah. Lepas tu kalau aku rajin, aku baca Quran (biasanya malas…hahhaa), tunggu Isyak dan bersiap untuk ke terawih. Aku buat 8 rakaat jer…hahahaha…pemalas aku ni.

 BAZAAR RAMADHAN

 

Itu kat kampung kan, bila berumur 16 tahun…aku merantau ke Kedah, masuk MRSM dan buat pertama kali berjauhan dengan keluarga. Stay kat asrama biasalah makanan camna kan, waktu berbuka tu menu basic je la…kurma 2 bijik sorang, kuih sekeping, nasik serta lauk dan air sirap secawan. Kalau hari Jumaat jer heaven skit…Kalau tak nasi ayam, nasik beriani depan hidang…huhuhuhu. Pastu terawih dan ketika aku di sini lah buat pertama kali dengar perkataan ‘Moreh’. Kawan-kawan aku dop sebut lepas terawih masa tu, “Jom DS (Dewan Selera)..Moreh”…Rupanya moreh tu jamuan lepas terawih…hah ha.

kuih muih kelantan - Miro CornerZ

Ok, start masuk matrik lain pulak ceritanya. Makanan kena sediakan sendiri, maknanya kena beli kat cafe la. Tapi ada gak student berniaga kat bazaar Ramadhan dalam matrik. Tapi duit belanja limited edition punya, so berbuka tu ala kadar je la. Hari minggu ‘outing’ pergi bazaar kat ‘bandar’ Kuala Pilah. Dan bila masuk UiTM plak, first sem macam duduk asrama sekolah, ada dewan makan. Pastu bila dah duduk umah sewa, lain pulak ceritanya. Kalau tak pergi bazaar, aku masak sendiri dan kalau nak jimat, berbuka free kat masjid…hahahaha. Tapi yang free ni kena siapa cepat dia dapat la..kena berebut-rebut, baru dapat lauk banyak…hahhaha.

 

Malangnya, bab berebut-rebut, aku kalah. Mana la tak kalah bila badan sekeping macam aku ni ha, sekali tolak jer, aku dah out dari arena berebut tu..ahaks. Redha je la..huhuhuhu..sobss..sobs. Puasa tahun ni apa cerita agaknya yer. Berbuka puasa bersama rakan-rakan Blogger dan Sekolah lama perlu hadir demi mengeratkan silaturrahim sesama ummat. Sekian terima kasih.

Related Posts with Thumbnails