Assalamualaikum dan Salam Bahagia, yup contest lagi…ini punya contest Si Cepit punya mari. Sedara yang bernama Hakim Faridzul ni telah menganjurkan satu contest India Ada, Malaysia Tiada sempena keberangkatan beliau ke India pada bulan ini. Korang berminat, singgah dan baca lah syarat marat kat blog Si Cepit untuk turut serta dalam contest ini. Ini entri aku punya la, jom cekedaut…
<-----play untuk lagu Hindustan
Ada 2 makhluk (Rakyat Malaysia) telah berkongsi coretan kisah mereka berdua dalam perjalanan hidup mereka ketika berada di India selama 3 hari 2 malam…Mari kita lihat apa yang Malaysia tiada berbanding di India…
Spongebob bin Squarepants dan rakan karibnya, Patrick bin Starfish telah memenangi satu pertandingan gores dan menang, dan hadiahnya pula ialah satu pakej percutian 2 orang selama 3 hari 2 malam di India. Mereka berdua terasa begitu gembira.
Lalu, mereka berdua mempersiapkan segala dokumen, tiket, pakaian dan sebagainya untuk berlepas dari Malaysia ke New Delhi, India.
Setibanya mereka di New Delhi, mereka pun menginap di sebuah hotel mewah yang telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan itu.
Tanpa membuang masa, mereka terus melawat tempat2 menarik yang tiada di Malaysia dan sebagai kenang-kenangan, mereka berdua menangkap beberapa gambar…
Patrick pusing-pusing sekita bandar New Delhi dengan menaikki kenderaan beroda tiga yang di panggil Auto yang hanya ada di India, tiada di Malaysia…
Sementara itu, Spongebob berkesempatan pula bertemu hero pujaannya, Datuk Shah Rukh Khan…
Tengoklah reaksi mereka berdua ketika menaikki kereta api di India, Malaysia paling koman pun hanya full dalam koc jer, tak ada la sampai melimpah-limpah macam tu..hahahaha
Ini pula keadaan traffic di India, amacam KL, boleh challenge tak keadaan di India? Kesian Patrick sesat la plak tengah-tengah bandar tu…huhuhuhu. Korang boleh usha kat video ni
Ini yang ‘special’ kat India, Toilet Awam berada di mana-mana, pilih je yang mana satu nak,..hahahaha…yang penting FREE kan. Malaysia, 2 posen beb…
Apa yang best tentang India, adalah rakyat mereka pelbagai ragam dan kerenah, yang pelik- pelik pun ada…kan3…
Dan begitulah sedikit sebanyak kenangan-kenangan indah yang dikongsi oleh mereka berdua ketika berada di India. Sekian, terima kasih. Semoga korang terhibur…waka waka eh eh………