Jodoh Pertemuan, Pisah Cerai dan Ajal Maut, semuanya adalah ketentuan Ilahi. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat sekali lagi untuk hari ini. Sebelum aku ke Masjid As-Solihin untuk menunaikan Fardhu Jumaat, aku tertengok satu rancangan bual bicara di TV3 iaitu Wanita Hari Ini dengan tajuknya “Cerai Ketika Mengandung”. Jemputan yang hadir ialah seorang Ustaz H (aku dah lupa namanya tapi nama dia bermula dengan H), Anne dan Darling Ngasri. Aku tertarik dengan gaya ceramah Ustaz H tersebut kerana ada unsur humor. Aku kalau dengar ceramah dan diselitkan unsur-unsur kelakar memang aku layan macam Ustaz Azhar Idrus. Baiklah, kita terus ke intipati entri ini…
Penceraian adalah jalan terakhir yang disediakan Islam bagi pasangan suami isteri yang menghadapi masalah sama ada ketidakserasian atau juga masalah lain berkait dengan zalim, tidak tunai tanggung jawab dan lainnya. Terdapat ulama yang menyatakan talaq ini sebenarnya amat dibenci sehingga sampai tahap dilarang dan ia hanya diharuskan apabila cukup syarat dan sebabnya atas nama 'keringanan' atau 'rukhsah'.
Ustaz H tadi mengatakan bahawasanya, dalam Islam TIDAK SALAH Si Suami menjatuhkan talak kepada Si Isteri yang sedang mengandung, tetapi dipandang buruk oleh Adat Melayu, makna kata tidak berperikemanusiaan lah kan. Ini boleh dikukuhkan lagi dari sumber yang aku cari di Zaharuddin.net. Berikut adalah penerangan dari Ustaz Zaharuddin pula, talaq yang hendak dijatuhkan mestilah mengikut tatacara dan displin yang ditentukan Islam seperti berikut : -
Jangan Dicerai Ketika Isteri Haid & Nifas.
Haram dan berdosa hukumnya seorang suami menjatuhkan talaq isterinya dalam keadaan isterinya dalam keadaan :
* haid
* nifas
* setelah disetubuhi waktu suci isteri kecuali sudah jelas wanita itu mengandung.
Ini adalah tanda fitrahnya (bertepatan dengan naluri manusiawi yang normal) hukum Islam, kerana dalam keadaan haid, termasuk juga nifas, seorang suami wajib menjauhi isterinya. Barangkali kerana terhalangnya dan ketidakmampuannya mengawal nafsunya itu yang mendorong untuk menjatuhkan talaq.
Ia juga mungkin terdorong oleh perilaku isteri sewaktu haid. Sedangkan diketahui mental dan mood sang isteri tidak stabil diwaktu haid dan nifas terutamanya. Justeru tidak wajar sama sekali dibenarkan penceraian di waktu itu jika terdorong dek rasa marah dan tidak puas hati itu.
Jadi jelas bahawa tidak salah bercerai ketika mengandung berdasarkan apa yang aku baca dalam internet. Korang boleh baca dengan lebih terperinci dalam Artikel Ini. kalau korang ada maklumat yang lebih atau lain dari ini, dengan sukacitanya aku persilakan kongsi bersama di ruangan komen atau kotak melaung(Shout Box) blog ini. Sekian, Wassalam.
p/s : kalau ada tersalah dan tersilap info harap di ampun, hamba juga insan biasa.
Cha.on · 766 weeks ago
My recent post Bukan Salah Aku Cuma Nafsu Menguasai Diri!!
Ichigo Miro 71p · 766 weeks ago
My recent post Layakkah Lelaki Ini Bergelar Ustaz
kech_hidayah 36p · 766 weeks ago
kech · 766 weeks ago
My recent post Sehari Bersama Strawberry
Ichigo Miro 71p · 766 weeks ago
My recent post Hukum Cerai Ketika Isteri Sedang Hamil
hans · 766 weeks ago
talak tu jatuh lepas perempuan tu mengandung
Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia
intanurulfateha · 766 weeks ago
x suke cerai berai
lg3 klu tgh pregnant!
My recent post Contest Aku & Ray Bon
hans · 766 weeks ago
P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!
Ichigo Miro 71p · 766 weeks ago
My recent post Hukum Cerai Ketika Isteri Sedang Hamil
aizuddin · 766 weeks ago
My recent post Link Untuk Submit Url Blog Ke Search Engine
Ichigo Miro 71p · 766 weeks ago
My recent post Hukum Cerai Ketika Isteri Sedang Hamil
Kieyu424 72p · 766 weeks ago
ingatkan haram woh
rupanya adat melayu yang kata tak bleh
gud info bro!
My recent post E-mail Meragukan dari Atiqah
fiona · 734 weeks ago
yus · 684 weeks ago
mazniazmi 71p · 552 weeks ago
My recent post Pakai Tudung Tapi Masukkan Dalam Baju? Boleh Ke?
Hussain Ali Shah · 533 weeks ago
My recent post Nova Launcher Prime APK Download Latest Version 3.3 for android
adam · 488 weeks ago