Assalamualaikum dan salam bahagia kalau korang bahagia la…mudah-mudahan berbahagia selalu. Tetiba aku rerajinkan jari jemari aku untuk update blog macho aku ni…hahaha…dengan entri yang telah berlaku di minggu lepas. Peristiwa-peristiwa yang menarik yang boleh aku kongsi bersama lantas ku coretkannya dalam dunia maya ini…pergh, ayat aku…hahahaha. Wokeh, straight tu the ampang point…minggu lepas memang aku gi jenjalan…siyes gua tak tipu…
Peristiwa-peristiwa ini bermula dengan gathering Gengblogger pada Sabtu,10 July baru-baru ini. Pada hari tu, aku dapat geng baru iaitu Geng Separa Mereng. Pastu korang bleh layan adegan cemas dari Putrajaya ke Alamada ke Puchong Perdana dan pulang ke Shah Alam. Siyes suspens citer ni…hahahha. Pastu AzizanKadir , Yusenze Yus dan Mr Chaon planning main futsal pulak kat Bandar Baru Bangi. Agak jauh gak la dari Shah Alam ni.
Pada satu malam di Warung Wak Karjo pulak, aku dapat satu panggilan…truuut..truuut…
Aku: Moshi-moshi…
Member: Miro, sabtu ni free tak?
Aku: Sabtu ni?…Jap tengok schedule aku…emm, Sabtu, 17 July…free!…Apsal?
Member: Ada aweks ajak teman kan diorang beli laptop kat lowyat.
Aku: Ok, no problem…tapi ko kena ambik aku kat rumah la yer…hahaha
Member: Ok, baik.
Jumaat malam lepas iaitu pada 16 July, 3 jejaka kacak tu ajak aku dan 2 orang lagi housemate aku main futsal sekali. Kitorang setuju and than gerak menuju ke lokasi dalam pukul 10 malam dengan menaiki sebuah kereta yang digelar Perodua Viva. Kami berempat menuju ke rumah Yusenze Yus dahulu di Putra Heights kalau tak salah aku, pastu ke rumah AzizanKadir pulak di Sri Kembangan/Serdang…hahaha..gua pun dah lupa la…yang bestnyer kat rumah AzizanKadir tu..pergh..dia jamu bubur jagung bhai…sedap giler. Makan bubur tu rasa macam ada tenaga nak main futsal…hahaha
Habis je jamu selera, jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Kami pun bertolak dari rumah AzizanKadir menuju ke Bandar Baru Bangi. Yang kelakar nya, dia tak ingat la plak lokasi tu, main taram je pergi…pastu, huh siap masuk jalan yang seram giler. “Wah, lain macam dah tempat ni..”, kata aku kepada kawan-kawan. Patah balik dari jalan tu…dah rasa macam citer seram Melayu pulak dah…hahaha. Dah kami tak tahu kat mana sebenarnya gelanggang futsal tu, AzizanKadir hello geng lawan suruh jemput kami.
Bila dah jemput, alahai…geng lawan tu pulak buat hal..bawak kereta macam pelesit. Dia suruh kami follow dia, tapi tak tunggu kami plak. Nasib baik kereta Viva kami sempat follow, kereta Yus sangkut kat traffic light, hangin bhai…Last2, jumpa gak tempat futsal tu. Kami pun main la dengan seronoknya. Aku cam biasa, kaki bangku jadi keeper je la…hahahaha. Tapi sekali main atas, skor sebijik jadi la kan. Main 2 jam, 3 team…team kami yang banyak menang…tak sia-sia2 makan bubur jagung AzizanKadir…hahahaha. Abis futsal, lepak mamak pastu balik umah sampai kul 6 pagi. Pukul 10 pagi pulak tu aku kena pegi lowyat pulak…hahahah…citer ni bersambung episode 2 yer…Bye, sekian terima kasih.
P/S : Untuk episode 2 adalah request dari aweks-aweks yang ajak aku teman diorang kat lowyat, mereka nak aku buat entri…hahahah…macam-macam.