10 Greatest Ever Weapons (Part 3)

10 greatest ever weapons miro cornerz  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian semua. Kali ini aku hendak berkongsi satu info mengenai senjata-senjata yang terbaik di hasilkan oleh manusia di muka bumi ini. Info ini aku dapat hasil dari tontonan Discovery Channel sewaktu aku bercuti di kampung sebulan yang lalu. Senjata dicipta adalah untuk 2 kegunaan, satunya adalah untuk pertahanan atau perlindungan dan keduanya sebagai serangan balas. Justeru itu, mari kita bersama sama menyelongkar senarai 10 Senjata Terbaik ciptaan manusia….

 boomerang mirocornerz

 

Boomerang. Senjata tradisional yang terkenal di Australia ini pada asalnya adalah senjata untuk memburu. Ada sejarah juga mencatatkan senjata boomerang ini juga wujud pada zaman Firaun Tutankhamun tetapi gaya balingan tidak seperti di Australia yang mana bila dibaling, ia tidak kembali kepada kita semula (non returning). Malah, tiada siapa pun tahu bila, siapa dan di mana sebenarnya penciptaan boomerang ini.

tommy gun miro cornerz

Tommy Gun. Nama sebenar Tommy Gun ialah Thompson Submachinegun.  Berasal dari Amerika dan dicipta oleh General John T. Thompson pada tahun 1919 dan terkenal pada era Perang Dunia Kedua.  Senjata ini telah berevolusi dalam pelbagai siri dan negara. Yang paling terkenal ialah zaman Gangster di barat. Jika kita melihat era mafia atau genster di barat terutamanya, pada zaman itu, senjata ini cukup sinonim dengan ahli-ahli mafia, dengan menonton filem sudah memadai untuk membuktikan Tommy Gun dan Mafia.

Untuk Episode sablom ini, boleh klik link bwh ni haa…

PART 1

PART 2

Video Part 3

Related Posts with Thumbnails