Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Fuh, Raya Aidilfitri yang setahun sekali itu, gua beratur sejam setengah tu bang oi…pergh, nak cramp aku punya otot-otot betis berdiri…tapi nak buat camna kan, demi raya di kampung kan…kalau tiket bas tak ada dan diganti dengan tiket tongkang pun, gua sanggup sesah tiket tu derr…muahahaha..bergurau….tak baik mentipu di bulan puasa…ish3…
Baru 6 hari kita berpuasa, dah banyak bas-bas yang berjenama seperti Ekspress Mutiara, Transnasional, Sutera, Budaya dan seangkatan dengannya, tiket-tiket balik raya terutamanya detinasi ke Kota Bharu habis dijual. Semalam, aku menyedarkan diri untuk pergi usha dekat stesen bas Seksyen 17, Shah Alam. Tu dia eh!…Banyak dah abis. Pergi kaunter tu, “Notis Pemberitahuan, tiket raya dari 3hb 9 hingga 9hb 9 sudah habis dijual”…ketaq lutut jugak aku dibuatnya…tak balik raya kot aku ni, kata hati.
Akan tetapi, Allah Maha Pengasih. Aku cukup bernasib baik kerna masih diberi kesempatan untuk beraya di kampung terchenta…hahaha. Pergi kaunter Ekspress Sani, baca notis “Penjualan tiket raya jatuh pada tarikh 16hb Ogos 2010 bersamaan 6 Ramadhan 1431 H, bermula 8 pagi, datang ye jangan tak datang”..maknanya hari ni la kan. Fuh, lega bhai…nasib baik aku tak ada kelas, boleh aku berkampung kat depan kaunter tu pagi tadi. Sesudah subuh aku ke sana, tp 7.30 jgk la…hahahaha.
Ni baru sikit aku ambik…realitinya, ramai woo..ada yg sampai ponteng kerja ni..huhuhu
Sampai-sampai je kat stesen bas tu, umang aih…dah beratur panjang dah. Dalam agakkan aku, mungkin dah 30 orang dah yang awal dari aku. Diorang ni sahur kat situ ke apa…ahaks. Lepas tu nak mudahkan sesi pembelian tiket, staff Ekspress Sani, akak comel bagi satu slip untuk isi maklumat pembelian tiket. Satu kepala maksimum 5 tiket jer. Tengok akak tiket tu, hilang lenguh kaki…nasib baik puasa, usha berpada-pada je la…hahahaha…terok aih ang ni Miro!
Ni barisan penghujung, dia punya pusing toksah cakap ar, orang kat belakang tu dop ramai lagi
Ada abang tu sampai 12 tiket dia kena beli gara-gara kiriman dari kawan-kawan. Aku tolong la abang tu, kan satu kepala boleh 5 tiket jer..aku hanya 2 tiket je nak beli. So, abang yang ponteng kerja tu tumpang kat slip aku 2 tiket untuk beliau. Tapi malangnya, tarikh yang dia nak, sudah habis dijual…SOLD OUT!…nak buat macam mana, dah nasib badan…huhuhuhu. Redha je la. Sekian sahaja ucapan dari saya. Terima Kasih.
Aku sudah hampir ke kaunter tiket…huhuhuhu
joegrimjow · 762 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
My recent post Demi Tiket Raya- Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…
kech_hidayah 36p · 762 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
azizan4444 · 762 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
My recent post Demi Tiket Raya- Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…
ery farieha · 762 weeks ago
dasat sungguh
aku tak pernah lagi merasa
umah setengah jam je :D
My recent post Happy je walaupun sekejap
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
My recent post Demi Tiket Raya- Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…
yusenze · 762 weeks ago
Nasib baik ko alert nak beli awal, klu x menangis la raya kat sini sorang2.. kah3..
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
My recent post Demi Tiket Raya- Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…
paria perawan · 762 weeks ago
da cam nak tgk bola kat stadum je.
perghhh
naseb kampung gua dekat.
eehehhehe
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
tu naseb bek ko kg dekat je, klu tak...merasa gak macam aku ni...hahaha
My recent post Demi Tiket Raya- Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…
akuzle 30p · 762 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
hans duta tomato · 762 weeks ago
banyak gila...
hahaha
nasib member aku ajak aku balik dengan dia
P/S : Alhamdulillah! Sekarang Ada 4 Buffered Earning! Some Tips About How To Get BE From Nuffnang?
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
My recent post Demi Tiket Raya- Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…
trexcute · 762 weeks ago
My recent post akhirnya
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
My recent post Demi Tiket Raya- Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…
SyaNa_SaN · 762 weeks ago
huhu.. panjang betul barisan!! tak sangka. seb baek saya dah beli awal2x! naik sani jugak.. peace!! *-*
My recent post Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma - Sesi Pembelajaran 8
Ichigo Miro 71p · 762 weeks ago
mmg panjang...oh naik Sani jugak....bila balik?...ahaks
My recent post Salahkah Menolak Pinangan Dari Lelaki Soleh