Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Emm, mungkin anda semua terkejut dengan tajuk entri aku kali ini. Apa yang Miro mengarut ni? Ibadat mestilah ikhlas baru berkatkan. Sabar ye sahabat-sahabat sekalian. Sila baca dulu apa yang ingin aku kongsikan bersama ni. Beribadat tidak perlu ikhlas?! Kenapa aku bagi tajuk seperti di atas? mari kita ketahui bersama-sama…
Benda ini adalah berkaitan dengan sifat mazmumah yang ada pada manusia, iaitu RIAK. Apabila kita sebut mengenai riak ni, ia sama erti dengan tidak ikhlas atau niat menunjuk-nunjuk. Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Dalam ibadat kita seharian, ramai orang yang riak dan menunjuk-nunjuk. Riak boleh terbahagi kepada 2 iaitu riak yang jelas lagi nyata dan satu lagi riak yang tidak jelas.
Baiklah, riak yang jelas ini dapat didefinisikan sebagai sifat yang menunjuk-nunjuk yang begitu nyata sekali. Contohnya melakukan sesuatu ibadat atau kebaikan demi mendapat sesuatu pulangan seperti pujian, harta benda, pangkat darjat dan sebagainya tetapi bukan kerna suruhan Allah. Manakala riak yang tidak jelas pula bererti dia mengerjakan ibadat itu hanya kerana Allah dan pada masa yang sama juga mahukan pulangan seperti riak yang satu lagi.
Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,
“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).
Dan kita kembali kepada tajuk entri, kenapa aku katakan beribadat tidak perlu ikhlas?. Sebenarnya, apa yang aku mahu sampaikan di sini ialah tidak perlu betul-betul ikhlas, baru kita nak beribadat kepada Allah. Walaupun kita masih ada sikap riak dalam hati itu, beribadatlah juga kerana dengan kita beribadat dan terus beribadat, mudah-mudahan sifat riak itu pupus di dalam diri kita. Kalaulah kita nak tunggu betul-betul ikhlas baru nak beribadat, sampai bila kita nak ada amalan di dunia ini yang boleh kita bawa ke dunia akhirat kelak.
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnya perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Untuk mengelakkan kita sentiasa dibelenggu sikap riak ini, mari bersama-sama kita amalkan cara-cara ini (sumber) :-
- Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa, atau pujian orang atau apa-apa.
- Selalu muhasabah diri.. adakah aku ikhlas? Atau nak tunjuk kat orang je?
- Selalu berdoa semoga Allah tetapkan iman dan jauhi dari sifat-sifat riak.
- Banyakkan ibadah sunat yang jauh dari pandangan orang.
- Sentiasa bertaubat, beristighfar dan menangisi dosa-dosa.
- Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan takut kepada azab seksa-Nya.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.
Sekian, terima kasih. Ni ekau! puaso yo, jangan ekau nak monteng pulak haa…ahaks
p/s : Untuk mendidik HATI ke arah jalan yang benar itu bukan senang. Berdoalah kita semua agar segala amal ibadat kita ini diberkati dan diterima oleh Allah Yang Maha Pengasih Dan Pengampun.
Ali · 761 weeks ago
Teori terbaru aku dengar pasal menggalakkan ibadat
klo nak tunggu sampai orang takde baru nak beramal, tak tau bila la kan
tapi jangan sampai kembang idung plak klo ade orang puji..huhu
My recent post First Ever Gift
Ichigo Miro 71p · 761 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 3 – Beribadat Tidak Perlu Ikhlas
BD Fabregas · 761 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 761 weeks ago
dayah · 761 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 761 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 3 – Beribadat Tidak Perlu Ikhlas
Nina' · 761 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 760 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 3 – Beribadat Tidak Perlu Ikhlas
Nabiel · 761 weeks ago
owg slalu kate..ala, klu smbyg tak ikhlas wtpe...abis tuh ble nk tgu ko ikhlas kn?
jdi..smbyg dlu, ikhlas tuh akn dtg kmudian~
klu Allah tuh nk tgu ikhlas korang2 nie..rse Allah bleh sambar petir dh kt kome2 tuh..ekeke=)
My recent post Maut Tidak Kenal Waktu - Kisah 2
Ichigo Miro 71p · 760 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 3 – Beribadat Tidak Perlu Ikhlas
hans duta tomato · 760 weeks ago
2 thumbs up untuk ko bro
P/S : Kepada Penggemar Telur Ayam! Awas! Hati - Hati Dengan Telur Ayam Palsu!
Ichigo Miro 71p · 760 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 3 – Beribadat Tidak Perlu Ikhlas
hans duta tomato · 760 weeks ago
P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!
wanmunira · 760 weeks ago
My recent post Summer Camp Perubatan
Ichigo Miro 71p · 760 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 3 – Beribadat Tidak Perlu Ikhlas
@nashsmart · 760 weeks ago
yup..kalo nak nuat ibadah,tak boleh riak...
kalo riak/tunjuk2 cm sia2 jerk...huhu
kadang2 aku pon pernah sje2 jerk nak pergi surau sebab nak jumpe kawan..isk3 :P
My recent post Tips yang Best untuk Mendapatkan Duit Raya Semasa Beraya
Ichigo Miro 71p · 760 weeks ago
hans kacak · 759 weeks ago
maaf zahir dan batin jika selama nih aku suka menyakat ko ke terkasar bahasa ke apa yer...
moga persahabatan kita kekal
amin
P/S : Download Lagenda Budak Setan The Series : Episode 5
pusher · 757 weeks ago
My recent post Bukan tidak mahu
Hussain Ali Shah · 533 weeks ago
My recent post Nova Launcher Prime APK Download Latest Version 3.3 for android