Blackberry Haram Di Malaysia?!

Blackberry Haram Di Malaysia - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Isu pengharaman TelefonBijak (Smartphone) Blackberry semakin hangat diperkatakan. Sudah ada sesetangah negara telah mengharamkan Blackberry ni seperti UAE dan Saudi Arabia. Dan, terkini Malaysia juga telah mengemukakan isu ini. Kenapa perkara ini boleh berlaku?…

 

Isu ini menjadi hangat disebabkan ada maklumat yang mengatakan bahawa pihak RIM Company (Research In Motion Limited), sebuah syarikat telekomunikasi dan wireless device dari Canada yang bertanggungjawab dalam pembangunan Blackberry itu, mengetahui segala data dan maklumat yang dihantar dan diterima oleh pengguna Blackberry. Jika perkara ini benar, ia boleh mengugat keselamatan sesebuah negara. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh mengetahui dan menceroboh maklumat-maklumat sulit negara. Ini sangat merbahaya.

 

Dalam erti kata yang lain, segala data-data dari pengguna Blackberry diketahui oleh server di Canada. Justeru itu, pihak Indonesia mencadangkan RIM membuka pusat data di sana dan tidak perlu disalurkan ke Canada lagi. Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) masih mengadakan siasatan untuk mengetahui perkara sebenar dan Kerajaan Malaysia menunggu laporan kajian tersebut untuk memutuskan samada haram atau tidak di Malaysia.

 eco_blackberryshops

RIM cuba menyakinkan pelanggan perniagaan bahawa rahsia syarikat yang dikawal rapi ketika dihantar melalui e-mel atau messenger tidak berdepan sebarang risiko. “Keselamatan BlackBerry direka khas untuk membekalkan pelanggan korporat dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar selain memberikan keyakinan bahawa tiada sesiapa termasuk RIM sendiri boleh mengakses data mereka,” demikian kata syarikat itu.

 

Apa pula pendapat rakyat Malaysia, terutamanya pengguna Blackberry? Beli mahal-mahal, pastu tak boleh guna pulak kan, tak ke hangin satu badan…huhuhhu…tapi kalaulah  betul perkara ini, bagi aku wajar diharamkan demi keselamatan negara kita tercinta ini.

 

p/s: Sekarang aku pun guna BB Curve 8520, hadiah dari Contest Menang Blackberry. So, kalau betul citer ni, abis ar SMS aku yang ngorat gadis-gadis manis kantoi ngan orang Canada nanti…adeh. Tapi kan, aku tak berapa suka la BB aku ni, sory ar Cik TTT, I xpandai guna la BB ni…setakat SMS ngan Calling jer tau…huuhuhu. Dah la nak mentenet kena bayar. So, siapa berminat nak guna BB, hubungi aku yer…aku nak jual, harga boleh nego…ahaks

Comments (43)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Adoh..isu yang menyengkelkan..kalau betul la apa yang dinyatakan mereka.,baik ar berhati-hati..
kalau ko x nak pakai bb jual kat aq..rm2 aq sapu./.(boleh cam tu..haha)
3 replies · active 763 weeks ago
jerry todd's avatar

jerry todd · 763 weeks ago

nak no tepon TTT tu leh x miro? wakakakaka.
4 replies · active 763 weeks ago
ku ade iphonne pon x reti pakai. nk msg pon lmbt. enset cikai ni jugak yg dibawa ke mana2. hehe
My recent post Kelas Cinta
1 reply · active less than 1 minute ago
baru berhajat nak pakai bb. uk uk uk.
1 reply · active less than 1 minute ago
Apa barang pakai blackberry , baik pakai henset yang ada lampu suluh . Lagi best
My recent post Sijil dari ITYM
2 replies · active 763 weeks ago
ishk2 miro..kalo tak diharamkan, simpan je la BB tu..orang dah kasi adiah takkan nak jual.lempang satgi.kan dah marah neh.kalo diharamkan sah2 la kena simpan jugak.hahaha.
My recent post Sunset Dan Seafood di Bagan Lalang
2 replies · active 763 weeks ago
mujur la aku suka mkn strawberi je..ape kelas blackberry..hehhe
My recent post Lawak Hari Ini
1 reply · active 763 weeks ago
Kalau mobile internet myrah..snglah nak surf selalu guna bb.aku guna galaxy s..surf pakai broadband celcom
My recent post Sembang SALT jap
sementara tak haram lg ni, nak PIN kau! -yatt-
1 reply · active 763 weeks ago
wakakakkakaka... aritu aku nak beli ko xnak jual.. hoh!! da haram baru nak lego... hahha..
ko samak weh mende alah tu.. ekekekke...
My recent post Lagi-lagi Isu Cinta
1 reply · active 763 weeks ago
wah.. menang kontes dapat BB tue.. conrats..
My recent post Tips - Kurangkan Tekanan Waktu Bekerja
1 reply · active 763 weeks ago
hish., macam2 sekarnag ni kan? :(
1 reply · active 763 weeks ago
alamak. ada 13 kt rumah ni. cemana?
My recent post Camat poce kawan-kawan !
1 reply · active 763 weeks ago
haishh..cikbelog baru tahu isu nieh..ekekeke
(gelak kat diri sendiri..hek3)
1 reply · active 763 weeks ago
laaa
ko menang ek contest cik TTT tu?
hehehehe xtau plak :P
My recent post Selamat Menyambut Ramadhan!
1 reply · active less than 1 minute ago
Hmmm...baru berniat nk bli BB..cancell je la..bek beli nokia E72 je..Hehehehehe
My recent post Rezeki Puasa Kot
1 reply · active 763 weeks ago
dah bli xkan nak jual alek...syg lah.dah la mahal..............

Post a new comment

Comments by

Related Posts with Thumbnails