Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Situasi ini sering berlaku pada insan yang bergelar Wanita. Permasalahan ini berlaku di atas sebab-sebab tertentu oleh pihak perempuan mengapa ingin menolak pinangan lelaki yang soleh tersebut. Pada dasarnya, lelaki yang soleh sudah baik dan bagus dalam mengharungi hidup berumah tangga kerana umumnya, lelaki soleh itu tahu apa tanggungjawabnya terhadap keluarga kelak.
Kenapa aku kasi up sama ini isu?….Ini kerana, ada seorang hamba Allah ini telah bertanya kepada ku, soalannya berbunyi seperti berikut :- Miro (betol la kan dia tanya kat aku, ada nama aku tu), betul ke kalau pinangan dari orang yang baik, agamanya baik, tak elok kita tolak..betul ka?. Aku ni bukannya tinggi ilmu agama, lebih-lebih lagi soal hukum hakam ni, bukan boleh buat pala tau kata orang utagha atau wak bijok kata oghe kelate pulok. Akan tetapi, bila orang mintak tolong kan, aku tolong semampu yang boleh.
Dengan bantuan teknologi maklumat ini, aku telah men’google’ (rosak bahasa Malaysia..hahahah) dan mendapat beberapa sumber dan rujukan seperti yang tertera di kaca komputer anda…hahaha, bergurau. Ini sumbernya, Menolak Pinangan Tanpa Alasan, Hukum Menolak Jodoh Yang Baik dan Menolak Pinangan Lelaki Soleh. Setelah aku mengkaji dan menteliti setiap pendapat dan maklumat yang diberikan oleh sumber-sumber di atas, maka ini lah pendapat aku pula, kalau silap sila tegur, niat aku hanya untuk berkongsi.
Pertamanya, jika seorang perempuan itu tidak berhasrat untuk bernikah dengan lelaki soleh tersebut maka tidak berdosa untuk menolak pinangannya kerana rumahtangga dibangunkan di atas pilihan yang berdasarkan juga kepada kecenderungan hati (cinta la maksudnya tu) dan bukan sekadar kesolehan lelaki tersebut sahaja. Akan tetapi, jika menolak kerana tidak suka dengan keteguhan agama lelaki solihin itu, maka berdosalah perempuan itu. Maknanya, tidak suka kerana lelaki itu kuat agama dan dianggap juga membenci seorang mukmin. Oleh itu, tidak diharuskan perempuan itu menerima lamaran itu selagi tiada kecenderungan hati terhadapnya.
Keduanya, jika jodoh datang menjenguk, maka lakukanlah dua perkara sebaiknya:
1) Istisyarah (berbincang)
2) Istikharah
Selesai dua perkara di atas dibuat barulah bulatkan keputusan. Jangan sesekali buat keputusan terima mahupun tolak tanpa perkara di atas. Adapun lelaki yang sangat baik dan soleh itu, kalau selepas dilakukan dua perkara di atas, masih lagi tak nak terimanya, maka tiada masalah. Mungkin walau baik sangat pun, tetapi tidak compatible dengan kita, tak bahagia juga. Bukan semua yg baik itu sesuai belaka.
Kesimpulannya, kepada hamba Allah yang bertanya kepada aku itu, jika ingin menolak lamaran atau pinangan dari lelaki yang soleh, lakukan 2 perkara di atas sebelum membuat keputusan agar semua pihak mendapat kesejahteraan. Jika kamu tidak suka lelaki itu, janganlah berlandaskan keteguhan agamanya tetapi berlandaskan perasaan kamu terhadapnya. Perkara ini lebih merumitkan jika ada pihak yang memaksa, tetapi jika keputusan terletak pada tuan badan, maka buatlah keputusan yang bijak.
Dan bagi pembaca wanita blog aku ini, jika berlaku seperti keadaan ini, fikir betul-betul dari semua aspek, seperti agama, perasaan, maruah dan jaminan kebahagiaan setelah berkahwin. Kahwin bukan perkara main-main, ia adalah sunnah Rasulullah SAW yang berat tanggungjawabnya. Bijak kita memilih dan mengatur, Insyaallah anda di kalangan keluarga yang bahagia. Wallahualam.
Hazzy · 762 weeks ago
ada untungnya disitu sebab ada orang yang boleh bimbing kita ke jalah Allah
yusenze · 762 weeks ago
Saya berpendapat bahawa soal jodoh ini melibatkan soal hati dan perasaan. Oleh yang demikian, isu pemilihan adalah merangkumi aspek rohani dan jasmani. Jika seseorang itu tinggi keimanannya namun perwatakan personalitinya tidak dpt menarik minat si gadis perkara sebegini boleh juga berlaku. Tidak dinafikan juga tentang pendapat ahli keluarga. Mungkin ada yang melahirkan rasa tidak berkenan sehingga membuatkan individu itu membuat keputusan dalam keterpaksaan.
Dewasa ini, kebanyakan dari kalangan ibu bapa yang memandang luaran dan tidak lagi mementingkan rohaniah seseorang itu sebagai calon menantu. - Umum
Cha'on · 762 weeks ago
My recent post Peranan Media Dalam Membentuk Pemikiran Masyarakat
illianahidayah · 762 weeks ago
wanita golongan yang mudah masuk syurga, mudah juga untuk tergelincir ke neraka..
apa pun, doa senjata orang mukmin, dengan doa juga mampu menghuraikan segala dilema dalam mencari..
miro! thanx 4 sharing~
My recent post Tips Kekalkan Perhubungan
kech_hidayah 36p · 762 weeks ago
My recent post Moga Kau Baik-baik Aja Akak
areyinweeweet · 762 weeks ago
dayah · 762 weeks ago
cinta dan kawen jgn dipaksa itu je aku tau skang.
jodoh sume Allah yg tentukan :)
ashraf · 762 weeks ago
hati pon boleh buat peranan dalam membuat keputusan.. tapi perlu bersyarat, bukan sebarang hati yg kita boleh dengar kehendaknya. hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. So, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikarah serta ketika sedang berpuasa. jadi bulan ramadan ni nak afdal..hehe
My recent post google oh google
NichKhun 29p · 762 weeks ago
Nina' · 762 weeks ago
xpe kan.... lg pun time tu tgh study...dan mude lg...
..
bab2 kawen ni.. kena fikir berjuta kali.
My recent post Rugi
SyaNa_SaN · 762 weeks ago
Moga2x suatu hari nanti bakal ada seorang lelaki soleh yang berjaya merebut hati saya. Kerana dewasa ini bukan senang lagi mencari lelaki yang benar2x soleh.
My recent post Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma - Sesi Pembelajaran 8
pawaka19 · 762 weeks ago
"Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok"
My recent post Lawak Antara Benua Oleh Kartunis Lambok
Rama2Ungu · 762 weeks ago
etomyam · 762 weeks ago
My recent post Sabotaj Diri Sendiri Dalam Penulisan Blog
hans duta tomato · 762 weeks ago
betul lah tu
kena buat istiharah minta petunjuk
P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!
kaizenshinobi 99p · 761 weeks ago
My recent post NaK BuaT DoSa BoLeH aSaLKaN iKuT 5 SYaRaT NiH
pusher · 761 weeks ago