Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Emmm, sudah banyak hari aku dah tidak update blog ni. Nak kata sibuk, tak juga walaupun sepatutnya aku kena sibukkan diri untuk habiskan sisa-sisa FYP aku ni. Tapi mood aku nak update blog sudah tidak mencapai tahap yang optimum. Kali ini,aku gagahkan jari jemari untuk menari-nari di atas keyboard lappy aku ni. Hari demi hari, sedar tak sedar sudah separuh bulan Ramadhan meninggalkan kita. Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah apa yang kita telah lakukan selama 15 hari sebelum ini dalam bulan Ramadhan…
Aku bukan nak bercerita pasal orang lain, tapi aku nak bercerita pasal diri ku sendiri apa yang telah aku buat untuk memeriahkan bulan Ramadhan ini. Apa lagi caranya untuk meriahkan Ramadhan selain amal ibadat dan jariah kan. Di sini bukan aku nak menunjuk-nunjuk bahawa aku bagus sangat, tapi aku nak berkongsi kisah supaya diriku dan pembaca-pembaca sekalian alam bermuhasabah diri dan cuba memperbaiki kelemahan diri sendiri.
Allah telah menjanjikan ganjaran pahala yang lumayan di bulan yang berkat ini. Apa yang sunat digandakan seperti wajib dan apatah lagi yang wajib kan…’marvelous’ punya pahala la kan. So, sangat-sangatlah rugi jika kita tidak mendapatkannya. Di bulan lain kita tidak dapat nikmat ini, apa salahnya kita mempertingkatkan amalan-amalan baik kita. Sebagai contoh la, pada bulan yang lain, kita hanya baca Al-Quran sehelai sehari sahaja. So, di bulan Ramadhan ini, kita bacalah lebih dari sehelai sehari.
Baiklah, aku nak rumuskan amalan-amalan yang aku telah lakukan sepanjang 15 hari yang lalu. Berpuasa di siang hari dan solat lima waktu sehari semalam tu of coz la kan…ni amalan-amaln sunat
- Terawih – Sudah 4 kali aku telah ponteng terawih untuk tahun ini, pertamanya sebab hujan, kedua, sebab aku malas, ketiga, berbuka bersama rakan-rakan di Subang dan keempat, buat projek FYP aku. Walaupun ia adalah sunat, tetapi rasa rugi juga bila aku tak dapat tunaikan.
- Baca Al-Quran – Setiap tahun aku berazam untuk cuba sekali khatam Al-Quran tetapi malangnya tidak pernah tercapai. Sekarang ini baru aku berjaya habiskan 4 juzuk, mampukah aku capai azam ini untuk tahun ini. Bila virus MALAS yang telah berjaya disuntik oleh syaitan walaupun makhluk tu ‘public holiday’ sebulan kan, buat apa kerja pun tak jadi.
- Solat sunat lain – Yang ni aku tak buat lagi, entah bila nak mula. Contohnya, qiam diwaktu malam sebelum masa bersahur. Bila balik terawih, pekena moreh, perut kenyang, mata ngantuk, online pastu tidur. Bangun untuk sahur je.
- Berjimat – Setakat ini Alhamdulillah aku berjaya menjimatkan perbelanjaan aku di bulan Ramadhan ini. Pergi bazaar, baru 2 kali. Hari-hari lain, berbuka di Pusat Islam UiTM (masjid UiTM) yang free of charge dan kalau rajin masak kat rumah.
Bagaimana dengan anda pula, saya yakin anda lebih baik dari saya. Mari kita bersama-sama mempertingkatkan lagi amalan ibadah dan jariah kita di bulan Ramadhan. Kalau boleh, kita teruskan juga di bulan-bulan yang lain. Dan yang paling istimewa di bulan Ramadhan ini, Lailatul Qadar, bolehkah kita untuk mendapatkannya. Sama-sama kita bekerja keras.
p/s : Untuk bacaan Tazkirah Ramadhan 1, boleh klik di link di bawah ini http://mirocornerz.blogspot.com/2010/08/tazkirah-ramadhan-1-bulan-ramadhan.html
Ali · 761 weeks ago
x try g surau al islah ko?
mna tau blh nsi kandar hakim ko..
My recent post Kisah Kelapa
Ichigo Miro 71p · 761 weeks ago
kech_hidayah 36p · 761 weeks ago
Ichigo Miro 71p · 761 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 2 – Separuh Ramadhan Sudah Berlalu…
hans duta tomato · 761 weeks ago
P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?
Ichigo Miro 71p · 761 weeks ago
My recent post Tazkirah Ramadhan 2 – Separuh Ramadhan Sudah Berlalu…
hans duta tomato · 761 weeks ago
malulah dengan keadaan tangan dan kaki saya nih...
nanti saya rasa tak selesa dengan diri saya sendiri...
apa2pun hang join kan?
selamat berbuka bersama mereka yer
P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!
P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog
Cha'on · 761 weeks ago
My recent post Peranan Media Dalam Membentuk Pemikiran Masyarakat
iqbal syarie · 761 weeks ago
Cerita terbaru di blog:"saya nak kawin dan ada anak,dan lawan Israel!!"
pusher · 761 weeks ago
@nashsmart · 761 weeks ago
pasnie tak nak ponteng2 dah..:P
My recent post Lagu Alejandro nyanyian Lady Gaga Teruk dan mengandungi unsur Illuminati
putrarocker 4p · 761 weeks ago
dayah · 760 weeks ago
Hussain Ali Shah · 533 weeks ago
My recent post Nova Launcher Prime APK Download Latest Version 3.3 for android
Truecaller Download · 512 weeks ago
My recent post Truecaller – Caller ID and Block Latest V5.31 Apk for Android Free Download
SpoofApp apk · 433 weeks ago