Hari Tu Hanis Zalikha, Hari Ini Khairul Fahmi..

 hanis zalikha dan khairul fahmi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kita mulakan bicara dengan Bismillah..(wah sopan pulak aku hari ini ^_^ )..Sebelum itu gua nak ucapkan sekalung tahniah buat Harimau Malaya yang telah menjuarai AFF Suzuki Cup semalam. Keputusannya telah diketahui ramai di seluruh dunia yang mengikuti pertandingan bola sepak benua Asia Tenggara ini, so tak payah ar gua nak cerita lagi kan. Apa yang gua nak kesah kat sini ialah 2 individu yang telah menaikkan trafik blogger-blogger Malaya…

Bagaimana Harus Menilai Cinta Anda

Nilai Cinta

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 1432 H. Baiklah, sekarang ini kita telah memasuki ke tahun baru Islam dan tidak lama lagi Happy New Year 2010 menemui dunia. Setiap kali menjelang tahun baru, kita akan cuba melakukan revolusi mengenai karier, hal kewangan, cinta dan hubungan kekeluargaan serta banyak lagi sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang atau dengan kata lain azam tahun baru.

Jodoh Kami Berdua Tidak Lama T_T

berpisah jua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…Sobss…sobss…gua tengah bersedih ni…tak tahu kenapa..nak balik cepat..eh, salah dialog plak…Di saat pertama kali melihatnya, gua terus jatuh gedebuk cinta. Setelah berjaya gua memilikinya, merempuh onak dan duri bersama-sama…namun..sobbss…apa kan daya…kami terpisah jua. Dirinya telah di ambil orang…remuk hatiku..Kenapa perkara ini berlaku….

Girls Are Not Complicated…

girls are not complicated

Assalamualaikum dan Salam Bahagia to all my readers, ecewah!…wokeh, sudah lama gua menyepi dengan entri baru ni. Kali ini, mungkin agak ‘berat’ sedikit dari entri-entri gua yang lain. Apa yang gua nak kupaskan hari ini adalah  fokus kepada spesis-spesis yang sama dengan gua iaitu LELAKI. Kepada kaum HAWA pun tidak salah untuk membaca sebab subjeknya pun mengenai perhiasan yang paling indah iaitu perempuan. Kalian berminat?, ayuh kita terjah!…

Review #4: DiGi Smartphone BB Curve 9300 Finale

finale

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. This will be my last review entry. Di sini (tak reti aih nak cakap omputih banyak-banyak..ahaks), aku akan cerita secara keseluruhan untuk aku kongsi apa yang patut setelah berpengalaman menggunakan smartphone ini bersama sim DiGi. Syarikat telekomunikasi yang berwarna kuning ni memang RAWKS dan nak tahu sebabnya, korang baca sampai habis…

Review #3: DiGi Smartphone BB Curve 9300 Media Features

BB media features

Assalamualaikum wbt dan Salam Bahagia kepada pembaca blog Miro CornerZ. Review nombor 3 ini aku highlight mengenai media features seperti kualiti gambar, video dan lain-lain lagi. Tak payah karang panjang-panjang jom kita layannnn……

Review #2: DiGi Smartphone BB Curve 9300 Specifications

BB Specs

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baiklah, tugasan dari Digi diteruskan lagi dengan review yang kedua. Review kali ini adalah mengenai sedikit specs Blackberry Curve 3G 9300, aku pun bukan pandai sangat nak review ni. Setelah seminggu guna handphone ni, memang sangat best, excited dan lain dari yang lain dengan handphone lama aku (N-Gage QD). Untuk review pertama, aku just buat video unboxing.

Happy Birthday My Sweet Heart >_<

Happy Birthday Miro CornerZ

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. 1,2,3….Happy birthday to you…happy birthday to you…happy birth..eh asyik omputih je..Melayu la plak kan…semula, 1, 2, 3…Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan Blog Miro CornerZ, Allah selamatkan kamu. Hooraayyyy. Selamat Ulang Tahun yang pertama buat blogku yang tersayang. Ahaks.

Review #1: DiGi Smartphone BB Curve 9300 Unboxing

BB Curve 9300

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian. Wokeh, sudah tiba masanya untuk aku menjalankan tugas yang di amanahkan oleh DiGi untuk review salah satu smartphone yang wujud dimuka bumi ini. Aku ditugaskan untuk berbuat sedemikian rupa adalah ketika aku menghadiri dinner DiGi Angles Internet Gathering di Grand Modesto, KL jumaat lalu. Aku adalah salah seorang shorlisted untuk memenangi iPhone 4 tetapi rezeki bukan pada ku, orang lain yang dapat.

World’s Coolest Intern

coolest intern

Assalamualaikum and peace everybody. Wah tetiba speaking, ahaks. Ok, for this contest, gua tak mahu cakap banyak sebab gua pun tak berapa paham sangat tapi yang penting Nuffnang, Standard Chareted Bank dan Breeze, mobile banking team di Singapura mencari individu yang paling COOL seantero Malaya untkuk menyertai program intership selama 6 bulan di Singapura. Heh, depa cari paling cool, gua tak der hal punya lah. Hah ha.

Top 5 Contest DiGi iPhone 4

menang contest iPhone 4

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera rakyat jelata sekalian. Ahaks. Fuuuuuhhhh. berhabuk bersawang bagai dah blog gua ni. Lama kan gua menyepi dari arena blog, kenapa menyepi?!..haa itu yang kita tak tahu…heh heh  Sebenaqnya aku busy dan fokus for completing my thesis or fyp..so, public holiday kejap blog ni. Entri ini aku just nak gitau yang aku dalam top 5 short listed bakal pemenang contest DiGi iPhone 4 yang baru2 ini dianjurkan oleh Nuffnang dan DiGi sendiri. Bangga dowh sebab daripada kalangan 5 orang tu, 2 orang lelaki Melayu yang berasal dari Kelantan, aku dengan Joe. Hahahaha….

Nak tau lebih lanjut, korang boleh pergi ke link ini. Diorang ada jemput 50 lucky individual ke majlis dinner malam tu. Sapa cepat submit email kat Nuffnang, dia dapat la pi sekali. Kita tengok siapa yang menang iPhone 4 tu, adakah rezeki ada padaku, atau Joe, atau 3 orang lagi. Tungguuuu dan lihat ye kawan-kawan. >_<

DiGi iPhone 4 Life

Nuffnang Digi iPhone 4 Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan dunia maya ku. Ini lah, task terakhir untuk contest DiGi iPhone 4. Paling senang sebab just taruk gambar kita bersama dengan frame iPhone 4 yang telah diamanahkan oleh pihak penganjur contest….diamanahkan?!..erk!..ayat fail…wakakaka…

DiGi iPhone 4 Real

Nuffnang Digi iPhone 4 Real

Assalamualaikum dan sari berita penting…erk!..salah greeting…salam bahagia..huhuhu. Ok, this is for third task contest DiGi iPhone 4 yang diberi tajuk DiGi iPhone 4 Real. Tugasan in adalah untuk menceritakan mengapa korang suka dengan DiGi iPhone 4 Plan. Plan dari DiGi ini adalah terbaik setakat ini berbanding dengan Telco Company yang lain, sapa yang lain tu?!…Lu pikir lah sendiri….

DiGi iPhone 4 Play

Nuffnang Digi iPhone 4 Play

Assalamualaikum dan Salam Bahagia rakyat Malaysia sekalian. Haa, ni dia task second untuk contest ini. Nampaknya story line masih berkesinambungan dengan watak-watak Spongebob Squarepants..hak hak hak<—gelak macam makhluk span kuning tu…hihihihi

Peraduan dari OhPemandu.com

contest OhPemandu

Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua. Aku memang tak tahu nak updated pasal apa-apa buat masa sekarang, nak story pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati, dah bersepah blog yang updated pasal ni..hmmm…alih-alih, join contest je la kan..ahucks! Kali ini aku join blog Oh Pemandu.com, milik Brader Zool…

Digi iPhone 4 Me

Nuffnang Digi iPhone 4 Me

Tudia..tudia..tudia…iPhone 4 dah ada kat Malaysia..pergh!..Eh, seronok punya pasal lupa nak bagi salam, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sekarang Digi berkolaborasi bersama Nuffnang dalam menjayakan promosi iPhone 4 di Malaysia. Digi dengan service plannya yang terbaik manakala Nuffnang menganjurkan contest ini kepada blogger-blogger Tanah Melayu.

 

 

CONTEST BAJU RAYA ITIKKEJAM

CONTEST RAYA

Assalamualaikum semua!!..SHR MZB yo kalian2..mood update blog ontah ke mano…oleh itu, gua join contest ni la ye…ahaks…ari ni last bleh join contest ni sempena hari raya…nak join gak?!…moh kita ke link ni http://itikkejam.blogspot.com/2010/09/contest-baju-raya-itik-kejam.html

 Ichigo Miro Raya 2010

Ni gambar aku sempat snap di pagi raya selepas selesai solat sunat raya tahun ni, skema kan..(muka xberapa nak hensem sebab baru kebah demam) ahaks…makcik aku cakap macam orang nak pi akad nikah je…hohohoho…menang ke tak, itu belakang kira..janji aku sempat join contest ni…hikhikhik >.<

Rakan blogger yang aku nak tag ialah seperti berikut:-

Mijae  Chaon  Violet

Tazkirah Ramadhan 3 – Beribadat Tidak Perlu Ikhlas

Riak - Miro CornerZ 

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Emm, mungkin anda semua terkejut dengan tajuk entri aku kali ini. Apa yang Miro mengarut ni? Ibadat mestilah ikhlas baru berkatkan. Sabar ye sahabat-sahabat sekalian. Sila baca dulu apa yang ingin aku kongsikan bersama ni. Beribadat tidak perlu ikhlas?! Kenapa aku bagi tajuk seperti di atas? mari kita ketahui bersama-sama…

Tazkirah Ramadhan 2 – Separuh Ramadhan Sudah Berlalu…

separuh ramadhan berlalu - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Emmm, sudah banyak hari aku dah tidak update blog ni. Nak kata sibuk, tak juga walaupun sepatutnya aku kena sibukkan diri untuk habiskan sisa-sisa FYP aku ni. Tapi mood aku nak update blog sudah tidak mencapai tahap yang optimum. Kali ini,aku gagahkan jari jemari untuk menari-nari di atas keyboard lappy aku ni. Hari demi hari, sedar tak sedar sudah separuh bulan Ramadhan meninggalkan kita. Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah apa yang kita telah lakukan selama 15 hari sebelum ini dalam bulan Ramadhan…

Salahkah Menolak Pinangan Dari Lelaki Soleh?

Tolak Pinangan Lelaki Soleh - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Situasi ini sering berlaku pada insan yang bergelar Wanita. Permasalahan ini berlaku di atas sebab-sebab tertentu oleh pihak perempuan mengapa ingin menolak pinangan lelaki yang soleh tersebut. Pada dasarnya, lelaki yang soleh sudah baik dan bagus dalam mengharungi hidup berumah tangga kerana umumnya, lelaki soleh itu tahu apa tanggungjawabnya terhadap keluarga kelak.

Demi Tiket Raya, Beratur Sejam Setengah Pun Tak Apa…

tiket raya Ekspress Sani - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Fuh, Raya Aidilfitri yang setahun sekali itu, gua beratur sejam setengah tu bang oi…pergh, nak cramp aku punya otot-otot betis berdiri…tapi nak buat camna kan, demi raya di kampung kan…kalau tiket bas tak ada dan diganti dengan tiket tongkang pun, gua sanggup sesah tiket tu derr…muahahaha..bergurau….tak baik mentipu di bulan puasa…ish3…

Nostalgia Ramadhan 1 – Jadual Terawih

Jadual Terawih - Miro CornerZ 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa benda la si Miro ni nak cerita sebenarnya kan?. Berdasarkan tajuk, aku ingin berkongsi kisah-kisah yang masih ada dalam memory 1G aku ni…hahaha..kisah-kisah yang berlaku ketika aku bersama Ramadhan sebelum ini. Baiklah, nostalgia yang aku ingin kongsi ini ialah berkisar di zaman aku sekolah rendah suatu ketika dahulu, Jadual Terawih…

Sirah Ramadhan 1 – Keberkatan Ramadhan Dalam Perang Badar

Peperangan Badar - Miro CornerZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Bahagia. Perang Badar al-Kubra adalah satu peristiwa bersejarah dalam Tamadun Islam yang mana berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah. Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang Ansar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini…

Tazkirah Ramadhan 1 – Bulan Ramadhan Mengembalikan Manusia Kepada Fitrah

tazkirah ramadhan 1 - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Bulan Ramadhan atau bulan puasa ini adalah bulan keberkatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Justeru itu, bersama-sama lah kita mengerjakan dan mempertingkatkan amal ibadat kita demi memperolehi ganjaran yang lumayan dari Allah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sempat lagi bertemu kembali Bulan Ramadhan kali ini. Kita cukup bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat bulan Ramadhan ini….

Blackberry Haram Di Malaysia?!

Blackberry Haram Di Malaysia - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Isu pengharaman TelefonBijak (Smartphone) Blackberry semakin hangat diperkatakan. Sudah ada sesetangah negara telah mengharamkan Blackberry ni seperti UAE dan Saudi Arabia. Dan, terkini Malaysia juga telah mengemukakan isu ini. Kenapa perkara ini boleh berlaku?…

Fungsi Dan Terapi Lubang Hidung (Pernafasan)

TERAPI PERNAFASAN - Miro CornerZ

 

Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera. Hidung merupakan salah satu pancaindera yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk kita menikmati pelbagai bauan di muka bumi ini serta fungsi utamanya ialah bernafas. Justeru itu, di sini aku ingin berkongsi fungsi dan terapi lubang hidung. Sesiapa yang sudah mengetahui dan mengamalkannya amat bagus sekali dan kepada yang belum tahu cerita ini, mari aku kasi tau sama korang….

Gadis Yang Obses Terhadap Membaca

Gadis Obses - Miro CornerZ 

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Emm, apa cerita aku nak naik tarikh (updated) ni yer. Oh, maap hilang ingatan kejap…hahaha. Membaca, adakah anda pernah membaca? Tok sah nak menipu kalau tak pernah membaca, korang tengah membaca la ni kan..baca entri aku ni kan..an..an..an…Muahahahaa…Opss, terlebih sudah. Aku nak share seorang aweks ni, dia terlalu obses dengan minat membacanya. Sehinggakan dia terlupa hendak makan dan minum sebab dop syok membaca. Huh! Sampai camtu sekali penangan hobi dia. Siapa aweks ni?…Jom kita terjah….

15 Benda Pertama Kali Dicipta Di Dunia

15 benda pertama di dunia - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin perkara ini di luar pengetahuan kita, dengan ini aku berkongsi informasi barangan yang dicipta atau dibuat atau dihasilkan buat pertama kalinya di dunia ini. Sahih atau tidak info ini aku pun tidak pasti sebab aku pun versumberkan dari blog Seberang Tanah Melayu kita..Jom, kita lihat satu persatu…

Photo Pilihan – Perdagangan Manusia Berleluasa

Jual budak

Aunty pergi pasar maa, beli budak loh…hahahaha

Tudung Ekspres Episode 4 (Astro Prima)

tudung

Download HERE

Video Klip Keong Racun – Apa Yang Best?

klip keong racun - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Bahagia hendaknya. Entri ini dipetik dari Akhbar Online tempatan, Kosmo!. Tajuk berita ini, Klip Keong Racun Cetus Kegilaan Baru. Video klip lipsynch atau miming dari lagu dangdut Keong Racun nyanyian artis Indonesia, Lissa. Mereka berdua adalah cewek universitas swasta di Bandung, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah, kedua-duanya berusia 19 tahun. Tapi yang menghairankan aku adalah, apa yang bestnya video klip ini sehingga mendapat hits yang banyak dalam Youtube. Aku tengok muka depa, tak cun mana pun. Seksi?!…biasa aja kok…Apa pendapat korang pulak yer?…jom tengok video mereka berdua tu…

 

Kita Dah Nak Puasa Dah Kan?

Ramadhan - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Sekarang kita berada dalam bulan Sha’ban dan tak lama lagi bulan mulia Ramadhan bakal menjelma. Semua umat Islam diwajibkan berpuasa di siang hari dan diseru mengamalkan ibadat sunat di malam hari. Aku harap Ramadhan aku kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan dipanjangkan umur berjumpa lagi. Entri ini aku kasi up untuk berkongsi pengalaman aku berpuasa ketika di perantauan (ayat bajet nak oversea..hah ha) dan ketika bersama keluarga di kampung…

Apa Pandangan Anda Dengan Mak Youtube?

mak youtube - Miro CornerZ 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Emm, aku memang dah kekeringan idea untuk updated blog aku ni..siyes gua tak tipu. Tapi hari ini tangan ringan la pulak nak updated. Ok, aku nak tanya pendapat korang semua la kan pasal video Mak Youtube ni. Bagi aku la, mak kepada Mohd Khairuddin ni memang sempoi habis wa cakap sama lu. Siyes beb!. Walaupun agak lawak tapi mak ni berani dengan ucapan-ucapan “rasmi” beliau untuk anaknya. Apa agaknya perasaan Mohd Khairuddin tu yer?…Heh heh heh heh, kalau la mak aku yang buat camni kan…hohohoho..sempoi derr…jom layan mak yang sempoi ni..Ahaks

Toy Story 3 2010 DVDRip



Credit to Wisernet.blogspot

Kisah Cikgu Garang Dan Murid-Muridnya

CIKGU DAN MURID - Miro CornerZ 

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!

………

Tudung Ekspress Episode 2 & 3 (Astro Prima)

tudung

DOWNLOAD HERE

Gelak Tawa Di Pagi Ahad

gelak ketawa - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi-pagi yang indah lagi permai ni, moh ler kite bergelak ketawa iyer, supaya hidup kita ceria-ceria selalu hendaknya. Dan, aku cabar korang kalau baca entri ni, jangan gelak. Amacam, ada bran?…hahaha

Hukum Cerai Ketika Isteri Sedang Hamil

 cerai ketika mengandung - Miro CornerZ bismillah mirocornerz

Jodoh Pertemuan, Pisah Cerai dan Ajal Maut, semuanya adalah ketentuan Ilahi. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat sekali lagi untuk hari ini. Sebelum aku ke Masjid As-Solihin untuk menunaikan Fardhu Jumaat, aku tertengok satu rancangan bual bicara di TV3 iaitu Wanita Hari Ini dengan tajuknya “Cerai Ketika Mengandung”. Jemputan yang hadir ialah seorang Ustaz H (aku dah lupa namanya tapi nama dia bermula dengan H), Anne dan Darling Ngasri. Aku tertarik dengan gaya ceramah Ustaz H tersebut kerana ada unsur humor. Aku kalau dengar ceramah dan diselitkan unsur-unsur kelakar memang aku layan macam Ustaz Azhar Idrus. Baiklah, kita terus ke intipati entri ini…

Layakkah Lelaki Ini Bergelar Ustaz?

BOGEL 6 MURID - Miro CornerZ

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca. Entri ringkas je ni. Baru tadi aku usha MyMetro Online untuk tahu berita-berita semasa dalam dan luar negara kita. Dan entri ini adalah dipetik dari berita dalam akhbar tersebut. Bogel 6 murid dalam kelas gara-gara tidak hafal surah. Apacer ni kan…ustaz ke macam ni..menghukum murid-murid dengan hukuman yang tidak sepatutnya. Baru darjah 3 la bhai…budak-budak tengah nakal..biasa la tak buat homework ke apa kan, banyak main ke apa kan. Pelik-pelik la kerenah-kerenah rakyat Malaysia sekarang ini. Korang baca sendiri lah kat MyMetro tu..ish3..Zaman aku dulu, kena rotan, berdiri atas meja, halau keluar kelas..biasa je kan. Apa pula komen korang?

MyMetro : Bogel 6 Murid Dalam Kelas

Minggu Lepas Adalah Minggu Jalan-Jalan (Ep2)

 minggu jalan2- miro cornerz

Ini entri sambungan dari episode satu, sah-sah la sambungan kan sebab dah episode 2…harharharun. Emm, nak sambung tang mana ek…ok, jam kira-kira nak pukul 10 tu, member aku, MAN calling…Aku pun terkejut yang tengah enak dibuai mimpi tengah dating ngan Lisa Surihani..Aku tekan button hijou, tut…”Hello..”, (tengah mamai, suara pun macam baru baligh..hahahaha)…Man balas, ”Aku dah nak pi rumah ang dah ni, dah bangun belum..”. “Owh, aku sedang bangun ni, ok2…aku gi mandi, touch up skit”, kata aku lagi. Aku pun lantas bangkit, capai tuala, ambik berus gigi colgate kaler merah, ubat gigi Safi dan bodywash Lifebouy. (Giler detail..ahaks)…

Secebis Nota Seorang Wanita Buat Renungan

ketika Allah memilih mu untukku -  MiroCornerZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semalam dekat FB aku di tag oleh seorang hamba Allah dengan nota ini. Walaupun nota ini bukan hasil nukilan beliau tetapi niatnya untuk berkongsi, Bagus kan. Hati kering macam gua pun ada skit touching2 jugak bila membacanya…hahahaa. Jom sama-sama kita menghayati Secebis Nota Seorang Wanita Buat Renungan – Ketika Allah Memilihmu Untukku…

Oh Kome Deghoyan Dah Berbunge

musim durian - Miro CornerZ

Sniff…sniff…mengancam bau ni…err..bang berapa selonggok ni..”Doploh ringgit ajer”, kata abang jual deghoyan…Umang aih mahal ni bang…Eh, ada orang ka?!…Sorry arr, aku tgh usha durian ni haa…sekarang ni kan dan musim durian. Assalamualaikum dan salam durian semua…hahaha…Pasai pa aku buat entri durian ni sebab musababnya ialah terliur aku nak mencekik buah durian ni. Alangkah malangnya nasib aku, kat Shah Alam ni mahal la…rasa tak berbaloi jer beli….

Minggu Lepas Adalah Minggu Jalan-Jalan (Ep 1)

minggu jalan2 ep 1 - mirocornerz

Assalamualaikum dan salam bahagia kalau korang bahagia la…mudah-mudahan berbahagia selalu. Tetiba aku rerajinkan jari jemari aku untuk update blog macho aku ni…hahaha…dengan entri yang telah berlaku di minggu lepas. Peristiwa-peristiwa yang menarik yang boleh aku kongsi bersama lantas ku coretkannya dalam dunia maya ini…pergh, ayat aku…hahahaha. Wokeh, straight tu the ampang point…minggu lepas memang aku gi jenjalan…siyes gua tak tipu…

7 Kalimah Untuk Kebaikan Dalam Kehidupan

7 kalimah -  Miro CornerZ 

bismillah mirocornerz

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini ,nescaya akan dimuliakan Allah dan Malaikat dan di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

Adegan Cemas Selepas Gathering GengBlogger

tajuk blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, saya Miro kalau korang tak kenal lagi la. Ini entri adalah  kesinambungan dari kisah suka dan duka di Gathering Gengblogger tempoh hari. Mungkin ramai dah tahu apa yang berlaku semasa event tersebut, tapi kali ini aku nak menceritakan detik – detik cemas yang telah berlaku ke atas aku dan kenalan baru iaitu Geng Separa Mereng (nama group yg Ery taruk…hah ha) selepas berakhirnya event tersebut. Korang faham tak ni apa aku nak bagitau?…huh?!..tak faham jom baca apa yang aku nak story…

Related Posts with Thumbnails